nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Sunday, February 19, 2017

Kisah ayam KFC yang menyentuh hati....

Image may contain: 7 people, people standing and outdoor

Kisah ini berlaku ketika saya menjadi Ketua Jurulatih Bola Sepak B12 Zon Banggi. Pasukan kami adalah gabungan pemain-pemain terbaik sekolah-sekolah di Pulau Banggi dan semuanya 15 orang murid. 

Kami barisan guru pengiring membawa 15 orang murid asal pulau ini keluar ke tanah besar Kudat untuk menyertai Bola Sepak Peringkat Daerah. Kami menginap di Rumah Rehat Kudat sepanjang kejohanan tu berlangsung selama 3 hari. Tambang feri, penginapan, kos pengakutan ke venue kejohanan dan makan minum murid semua ditanggung sendiri oleh guru. Perkara biasa. Kami tebalkan muka mintak sumbangan. Yang penting anak pulau ini diberi peluang untuk tonjolkan bakat mereka.

Semua pemain di kumpulkan sesama mereka. Berbeza sekolah, berbeza latar belakang. Semua di satukan. Dipendekkam cerita, kami Zon Banggi muncul juara. Jadi kami barisan guru pengiring berpakat untuk kumpul duit dan belanja mereka semua makan KFC dan bermain di 'playground' d Esplaned Kudat untuk meraikan kejayaan mereka.

Untuk pengetahuan semua, Zon Banggi adalah pendalaman Sabah. Tak semua pemain kami tu pernah naik feri taw. Apatah lagi jejak kaki d tanah besar Kudat. Jadi boleh kamu bayangkan keterujaan kanak-kanak ini mencipta pengalaman baru bagi mereka. Ini adalah satu faktor saya masih bertahan di sini. Everything new for them.

Berbalik cerita di KFC tu kan, semua pemain kami makan dengan penuh kenikmatan. Kami hanya memerhati gelagat mereka. Tengok kepuasan mereka sudah cukup bagi kami. Snack plate bhgian kami hulurkan kepada mereka. Tambah. Sedap dyeorg cakap. Makanlah nak.
Bila semua orang siap makan, saya trpandang 2 orang pemain kami tengah 'tapaukan' ayam goreng yang dia tak habis makan. Saya tanya kenapa kamu tak habiskan jer makanan tu? 'Kanyang suda saya sigu' jwb dia smbil masukkan lebihan ayam goreng dlm kotak KFC tu. Dalam hati saya 'yelah dia tu bersaiz kecik mmg tak makan banyak pon'.

Pagi esok kami perlu checkout tempat menginap kami kerana feri ke pulau banggi pukul 9 pagi. Sesudah subuh saya arahkan semua murid bersiap dan kemas bilik dan barang-barang mereka. Saya trpandang dkt 2 org pemain saya yang mengikat plastik KFC di beg sekolah(beg pakaian) mereka. 'Laaa kenapa kamu tak makan lagi KFC tu? Nanti basi laa. Dari semalam lagi KFC tu kan? Mereka diam jer. Bajuku ditarik oleh kapten pasukan. 'Coach, dia nak bawak balik KFC untuk adik dia sbb tu semalam dia tak kasi habiskan KFC dia. Dia simpan separuh untuk adiknya'
Erk?!

Sesudah kemas brg segalanya saya cuba slowtalk dgn murid itu td. 'Betol ke KFC yg kamu tapau tu untuk adik kamu?'Kedua mereka diam. 'Cikgu tak marah la, cikgu cuma tanya jak' Mereka angguk. '
'Adik-adik saya tak pernah makan KFC nie cikgu. Jadi saya bawak balik la sikit'
Bergelora sudah hati. Sebak. Tahan. Control Macho.
'Sikitnya tu. Kenapa kamu tak beritahu awal-awal? Sudahlah perjalanan kamu smpai rumah jauh lagi. Naik feri 1jam 15minit. Lepas tu sambung naik hilux 40 minit. Lepas tu berjalan kaki lagi barulah sampai rumah. Sejuk sudah tu. Nnti basi cmna?' 'Takpelah cikgu okay jgk nie,yang penting adik-adik saya dapat merasa' Jawab mereka sambil berlari ke arah kawan-kawan mereka yang lain.
Kami barisan guru pengiring terdiam. Merenung sesama sendiri. Speechless.

Peristiwa begini betol-betol menyentapkan kami. Kadang-kadang kita tak pernah cukup dengan apa yang kita ada. Sampai lupa untuk bersyukur disebabkan kita merasa itu hanya remeh dan kecil. Setakat KFC jep kot. Mane ada orang pandang dah KFC kalo d bandar besar. Alhamdulilah kerjayaku sebagai seorang pendidik di pendalaman banyak menyedarkan aku kadangkala yang sering lupa untuk bersyukur terhadap rezekiMU.

@FB Abdul Hafiz

admin: kisah ini mungkin nampak biasa bagi kita, tetapi ia luar biasa bagi anak-anak ini

Tuesday, April 19, 2016

Kisah seorang insan yang bernama SAFIUDDIN



Bagi yg belom kenal saya , nama saya SAFIUDDIN . Berusia 22 tahun . Saya sedang berjihad melawan nafsu . Bukan propa , bukan buat2 . Tp benar ! Yg kenal saya tahu siapa saya dan apa saya lalui .
.
Status islamik saya adalah apa yg saya buat , saya rasa , saya tahu , saya belajar dan ilham drpd Allah SWT . Status dan tips bisnes saya pula adalah 200% pengalaman sya sendiri sejak tingkatan 4 berniaga . Saya tidak pernah hadiri mana2 seminar . Ilmu yg saya dpt dan tahu itu adalah bantuan drpd Allah SWT .
.
Jgn ragu2 dgn apa saya tulis dan share . Saya tidak pura-pura jadi baik sebab nk raih org join bisnes saya . Saya jrg update apa2 pasal "JOM JOIN BISNES SAYA" . Saya tidak pernah menjanjikan bulan bintang dlm bisnes saya . Saya tidak pernah tulis sesuatu yg saya tak buat .
.
Mgkin ramai yg anggap saya ni tipu aje konon kata berniaga sebab Allah sbb x kenal saya ni siapa . Kan ?? Saya tidak menipu testimoni produk , tidak pernah menipu testimoni leader , xpernah tipu sales saya , x pernah tipu kereta org buat mcm kereta sendiri dan yg lain2 .
.
Tp masalah org kita ni , asal pemaksiat je ckp pasal Allah dan ajak kebaikan kita TOLAK . Pdhl kita x perlu nak nilai siapa yg bercakap tp apa yg dicakap dan disampaikan . Semua org berhak bercakap dan menyampaikan . Terimalah sesuatu yg baik walau bukan drpd org baik . Jgn sempitkan pemikiran . Sbnrnya kdg2 Allah ni zahirkan aib kita mlalui org lain .
.
Saya tidak mulia . Saya bukan sesiapa malah bukan pak ustaz mahupun al hafiz . Terimalah apa yg saya smpaikan . Smoga semuanya terkesan dan diberi faham oleh Allah .


@facebook Putihsofea

PS: admin doakan akan insan ini diberi kekuatan oleh Allah swt untuk terus berubah dan dikembalikan sifat asal lelakinya dan ianya menjadi pedoman kepada insan lain yang mengalami nasib sama dengannya untuk sama-sama kembali BERHIJRAH semula

Friday, July 10, 2015

Menempuh ribut dalam pesawat Air Asia di Brunei....


Pengalaman penumpang Air Asia Normi Binti AHmad Shafie yang mengalami ribut di Bandar Seri Begawa Brunei yang menakutkan. Kejadian berlaku 10 Julai 2015. Ikuti catatannya...

Kami mendarat dengan perasaan bercampur baur. Ramai yang bergenang air mata dan ada dua tiga orang yang saya terlihat menangis.
Bila kami dibenarkan turun, semua beriya-iya mahu segera keluar, kami tak sanggup berada di perut kapal lagi.
Wajah anak kapal tetap tenang walaupun mereka sendiri ketakutan. Mereka senyum tapi senyuman mereka seolah-olah nak kata, 'Alhamdulillah kita selamat.'
Selama 40 minit bertarung di dalam ribut, wanita yang saya tak tahu mana satu orangnya tak henti-henti membaca ayat al-Quran dengan kuat.
Bila kapal terbang bergoncang hebat dan agak menjunam, dia mengetuai laungan Allahuakbar. Saya sedikit tenang mendengar bacaan dan takbir dari wanita itu. Nak sangat ucap terima kasih kepadanya.
Tiba di imigresen Brunei, pegawai tersebut bertanya perasaan saya ketika di atas kapal terbang. Saya katakan saya ingat saya akan mati. Orang lain sama-sama mengangguk dan bergenang air mata.
Nampaknya semua orang di lapangan terbang tahu perjuangan kami di atas sana. Mereka nampak awan hitam tebal dan ribut badai, ya, kami di dalam sana.
Azimah sudah menanti dan terus bertanya keadaan saya. Walaupun baru pertama kali berjumpa, kami terus berkongsi cerita macam dah lama kenal. Saya masih terkejut dan meluahkan perasaan padanya.
Kami ke masjid di lapangan terbang. Kami solat di situ dan saya bersujud syukur. Menangis saya di hadapan Allah kerana tak sangka diberi peluang hidup. Betul, saya ingat tak mungkin saya selamat.
Ketika memandu keluar, pokok tumbang di kiri kanan. Kami singgah di masjid As-Shalihin sementara menunggu waktu berbuka. Di situ ada majlis pengislaman saudara baru. Dirai seperti pengantin.
Sebelum tiba di situ, Azimah mendapat panggilan dari hostel di Pusat Belia, mereka batalkan tempahan kerana bersiap sedia membantu mangsa di Kampung Ayer.
Runsing, di mana mahu tidur malam ni. Azimah pasti ada masalah lain di rumahnya kerana dia tak berani mengajak saya ke sana. Dia cuba menghubungi penginapan lain dan mesej teman-temannya.
Kemudian kami ke kawasan Serusop. Azimah mencari restoran yang lain kerana restoran yang ditempah Azimah membatalkan tempahan kerana ribut.
Niat nak ke pasar Ramadhan pun dibatalkan kerana kebanyakan khemah-khemah peniaga berterbangan. Banyak yang musnah.
Di Serusop kami makan bihun dan mi sup saja. Panggilnya Soto Bunut. Saya masih terkenang-kenang keadaan di atas udara tadi. Hilang lapar, tiada perasaan mahu makan ketika itu.
Saya menaip status petang tadi dengan tangan menggeletar. Saya sorok-sorok sedikit ketakutan saya agar Azimah tak perasan. Genang air mata pun saya sorok, malu.
Selepas berbuka, kami ke Masjid Jame' Asr Hasanul Bolkia sambil menunggu respon teman Azimah. Kami solat maghrib, isyak dan terawih di situ. Masjidnya sangat indah tapi hati saya masih gementar.
Ketika meninggalkan bandar itu, jalan sesak dek kerja-kerja membersihkan jalan dari pokok-pokok yang tumbang menghempap jalan.
Ada rumah-rumah yang atapnya terbang. Banyak garaj kereta yang runtuh. Banyak juga kereta-kereta rosak dihempap bumbung garaj, pokok dan papan tanda.
Kami ke kawasan yang berdekatan dengan Limbang. Azimah menumpangkan saya di rumah Arin yang tinggal bersama keluarganya. Rumahnya besar dan luas.
Saya disambut Arin dan ibunya. Kami berbual dua jam bercerita kisah kapal terbang dan mereka ceritakan tentang kejadian ribut yang paling teruk berlaku kali ini. Mereka sendiri tak sangka.
Azimah sudah segera pulang selepas menghantar saya. Rupa-rupanya kata Arin, bumbung rumah Azimah terbang dan rumahnya rosak dilanda ribut.
Kasihannya Azimah. Tapi sebenarnya Azimah belum tahu keadaan rumahnya, itu kata Arin. Azimah cuma segan mahu menumpangkan saya kerana rumahnya agak kecil sedikit dan ahli keluarganya ramai.
Tak mengapa saya faham. Saya bersyukur Allah temukan saya dengan orang-orang Brunei yang baik hati ini. Keluarga Arin melayan saya dengan sangat baik.
Azimah pun sungguh-sungguh membantu saya sejak saya di Malaysia lagi. Namun semua rancangan kami gagal hari ni. Manusia merancang, tapi Allah mahu memberi saya pengalaman yang berbeza.
Sekarang saya di bilik Arin. Sedang menaip dengan tangan yang masih menggeletar. Di berita TV Brunei keluar macam-macam cerita ribut di semua tempat di negara ini.
Saya harap esok saya semakin pulih dari ketakutan. Dan semoga esok hari cerah di Brunei.
*************
Ribut yang berlaku di Sabah dan Brunei adalah tempias dari Taufan Chan-Hom yang berlaku di bahagian utara Filipina pada waktu yang sama ketika ribut melanda Brunei.

@facebook Norma Binti Ahmad Shafie

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...