Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fatihin Abshar telah berkongsi sedikit pandangan dan review beliau berkenaan filem Dracula Untold yang baru ditayangkan di pawagam seluruh dunia baru-baru ini.
Dalam entri tersebut, beliau mengupas dan memberi penjelasan sebenar disebalik filem Dracula tersebut. Yang menariknya dalam filem itu didapati terdapat fakta yang telah diputarbelit oleh Hollywood, sejarah yang telah dipesongkan dan dalam filem itu seolah-olah ingin menggambarkan sisi negatif yang terdapat pada tokoh Islam pada ketika itu.
Ikuti sepenuhnya entri beliau di bawah, bagi kami penerangan ini sesuatu yang berbaloi untuk kita ketahui..
Melihat cerita Dracula Untold memang benar mencabar
begitu dashyat putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan Al Fateh dalam filem ini
sekarang mudah sahaja nak mengubah sejarah buat saja movies, masukkan elemen love sikit supaya penonton mudah cair ( kalau buat buku orang tak baca, kalau buat movies, genre action pula, confirm marketing dan audiensnya lebih meluas)
tunjukkan sisi Vlad the Impaler yang sangat baik sampai sanggup korbankan diri kerana rakyatnya
manakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasa
yang hairannya
mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya (dulu delegasi ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun, kalau bunuh, itulah jenayah paling terbesar waktu ketika dahulu)
mereka tidak tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di Wallachia oleh Vlad
mereka tak tunjukkan pula payudara wanita dipotong dan penderaan seksual terhadap muslimah muslimah Islam oleh Vlad
mereka tidak pula menunjukkan orang miskin direbus hidup oleh Vlad
mereka tak pula tunjukan yang Vlad pernah meracun sungai Danube
tetapi dalam filem nah
sekarang Sultan Muhammad Al Fatih, sultan yang terbaik menurut sabda Nabi pembuka Kota Constantiinople Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia oleh pakar strategi zaman ini
Penawanan pula dibuat secara aman, tidak ada pembunuhan beramai ramai seperti apa yang dibuat oleh Rom, Parsi, dan Monggol apabila mereka menawan sebuah kota (Tapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Bharat kata tentera alFateh telah membakar, membunuh,menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam)
Malah Sultan Mehmet II( Al Fateh) juga digelar sebaik baik raja menurut hadis nabi
tapi kini sudah dianggap dunia sebagai seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini!
Jannisari, kumpulan tentera komando elit pada Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas dari fitnah ini Iya,
sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak Kristian sebagai ahli
Ya,
dalam satu sudut nampak seperti oppress tetapi tujuan Sultan mengambil anak anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara ini memastikan tidak berlaku “coup-de-etat” di kalangan tentera Janissari terhadap kerajaan
Malah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem ini direkodkan ibu bapa Kristian merebut merebut menghantar anak mereka ke Jannisari kerana mereka akan mendapat paling terbaik oleh negara
Mereka akan belajar secara percuma, disekolah percuma, makanan diberi percuma
siap ada ibu bapa yang menyamar jadi Kristian lagi semata mata ingin menghantar anak mereka untuk menyertai Jannisari!!
mana tidaknya semua percuma
Kata sejarawan Georgiades Arnakis “Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman”
Satu lagi Lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai ( nama pun cerita kait sejarah kan, mestilah buat betul betul ikut karakter,orang dalam bidang lakonan mesti lagi sangat tekankan benda ini)
Kalau kita ihat lukisan Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al Fateh ia lebih segak dan hensem kot
sebab sultan sultan di Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidupnya dan pemakanannya oleh pakar pakar nutrisi sentiasa supaya tampak segak dan tampan
mereka tinggi badan sasa tidak gemuk
bila musuh melihat sahaja sudah kagum dan gerun
iya dalam durasi 92 minit sememangnya waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih 600 tahun lamanya saya akui
Saya juga tidak memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang boleh diambil iktibar
banyak juga
tetapi menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada era kegemilangannya dan memutihkan Vlad The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuh
adalah tindakan kurang adil bukan sahaja sebagai sejarawan tetapi dari segi manusiawi!
* apapun kelemahan kita orang islam juga ada filem Malaysia masih di tahap memalukan Dari Mamak Cupcake, Rindu Awok 101%,movies races races. mat rempit jadi contoh, hantu terlompat, hantu puyong, tak habis filem tahyul yang tidak membina penonton
lihat saja mereka membuat movies ini bukannya ilmu sejarah datang dengan tiba tiba semuanya dengan kajian dan bacaan
moga sinar kebangkitan filem filem Melayu dapat dipelopori seperti MrTheAllShared dan Hamasah Syabab yang akan memenuhi vakum kekosongan filem filem berkualiti dari tempatan mahupun dari dunia islam
tiba masanya kita pula menyebarkan propanganda melalui filem! maksud saya bukan lagi filem filem cinta islamik
tetapi filem sejarah islam kita
PS: Admin sendiri telah menontonnya dan memang jelas ia adalah satu manipulasi untuk membeurukkan Islam dan Khilafah Uthmaniah dan yang paling jelas adalah memburukkan imej dan peribadi Sultan Muhammad Al Fateh, Penakluk Konstantinopel dan menzahirkan kebenaran hadis Rasulullah SAW selama 500 tahun tentang jatuhnya kota Konstantinople di tangan seorang yang tawadu' dan berperibadi hebat.
Di antara adegan yang jelas menghina Islam adalah perjanjian darah di antara Vald dan Muhammad Al Fateh dengan jelas tertera Kalimah Allah sebagai saksi.
Mana mungkin Sultan Muhammad AL Fateh yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh dan tidak pernah meninggalkan solat jemaah sejak baligh di burukkan sedemikian rupa.
Ia jelas satu dendam kepada Penakluk yang hebat ini.
Buat masa sekarang blogger sedang menghabiskan buku kisah diktator Turki, Mustafa Kamal Ataturk. Nama sebenarnya adalah Mustafa. Kamal Ataturk adalah gelaran kepada beliau. Beliau juga diberi gelaran AL Ghazi iaitu gelaran tertinggi untuk bangsa Turki (Macam gelaran TUN).
Mustafa Kamal Ataturk lah orang yang membenarkan penempatan Yahudi di Palestin setelah menghapuskan Empayar Khalifah Uthmaniah dengan menggantikan Turki dengan Negara Republik.
Di antara kenyataan popular Kamal Ataturk adalah:
seorang yang licik dalam berpolitik
"Mustafa Kamal Ataturk sebagai Presiden Turki akan mengambil tindakan penting. Pertama, negara ini akan menjadi sebuah negara republik. Kedua, beliau akan mengambil tindakan ke atas sultan dan juga keluarganya. Ketiga, wanita Turki dibolehkan menanggalkan hijab dan keempat, dihapuskan pemakaian serban dan kita akan memakai topi koboi seperti bangsa yang maju"
Buku ini sarat dengan pengajaran bagaimana sebuah negara Islam boleh runtuh bila pemimpinnya korup dan membelakangkan Islam serta bertuhankan nafsu.
Beliau juga sanggup membunuh musuh politiknya untuk survival dalam politik. Dan apa yang pasti beginilah keperibadian mereka yang lahir hasil hubungan luar nikah (iaitu di malam pesta kambing- perayaan kaum Yahudi Dunamah di Salonika, Greece), walaupun bijak tetapi jauh dari rahmat Allah SWT. Nauzubillah.
Beginilah mayat seorang penakluk yang tidak diterima oleh bumi
Nanti blogger akan menghurai lebih panjang tentang Kamal Ataturk ini untuk sama-sama kita kongsi pengajarannya.
Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang
terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga
paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan
masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem
yang bermaksud ‘tempat yang aman untuk didiami’.
Catatan sejarah menunjukkan kota ini
telah diduduki manusia selama sekitar 5,000 tahun sekaligus merupakan
antara kota yang tertua di dunia dan masih dihuni sehingga sekarang.
Kota ini merupakan tempat pertembungan antara tiga agama samawi iaitu
Islam, Yahudi, dan Kristian bahkan setiap agama mempunyai kawasan
masing-masing di sekitar kota lama yang mengelilingi sebuah tanah tinggi
yang terkepung dengan tembok yang tinggi lagi kukuh.
Masyarakat dunia menamakan kawasan
tanah tinggi ini sebagai ‘Mount Temple’ disebabkan sejarahnya yang
pernah menempatkan kuil Yahudi kuno iaitu dipanggil juga sebagai Haikal
Sulaiman sebelum ia dimusnahkan, dibina semula dan sekali lagi
dimusnahkan selepas kota ini dijajah oleh kerajaan-kerajaan yang
berbeza.
Mengikut catatan sejarah, umat Islam
pada era awal Islam dahulu menggelarkan kawasan di mana terletaknya
‘Mount Temple’ sebagai Madinah Baitulmaqdis yang membawa erti ‘City of
the Temple’ yang mengambilkira akan kewujudan Haikal Nabi Sulaiman A.S
yang menjadi tempat ibadat pertama kaum Yahudi sebelum dimusnahkan oleh
orang Babylon pada tahun 586 sebelum Masihi.
Selepas kemusnahan pertama itu, Haikal
ini dibina semula kira-kira selepas 70 tahun kemusnahan pertamanya
apabila orang Babylon berjaya diusir, namun ia diruntuhkan kembali pada
tahun 70 Masihi oleh Empayar Roman. Manakala kawasan kota yang wujud di
sekeliling ‘Mount Temple’ ini dipanggil Iliya, berasal daripada nama
‘Aelia Capitolina’ yang diberikan semasa penjajahan orang Roman. Kawasan
‘Mount Temple’ pada asalnya agak tinggi dengan keadaan yang tidak rata
tetapi pada tahun 19 sebelum Masihi, pemerintah ketika itu iaitu Herod
the Great telah membina tembok tinggi mengelilingi kawasan ini lalu
meratakan permukaannya di dalam kawasan tembok sepertimana keadaan
sekarang.
Selepas pengislaman Kota Baitulmaqdis
yang bermula ketika zaman khalifah Umar al-Khattab, nama ‘Mount Temple’
telah ditukarkan kepada Haram al-Sharif yang menggambarkan kedudukan
kawasan suci ini yang mendapat tempat yang mulia di dalam Islam
sementara kota disekitarnya inilah dinamakan Baitulmaqdis.
Pada Zaman Khalifah Sulaiman iaitu salah
seorang khalifah di dalam era Turki Uthmaniyyah, beliau telah membina
semula dinding seakan-akan sebuah tembok di sekeliling kota
Baitulmaqdis. Sekarang ini Baitulmaqdis yang asal dirujuk sebagai kota
lama Baitulmaqdis iaitu kawasan yang dikepungi tembok tadi. Di kota
inilah terletaknya Masjid al-Aqsa yang telah disebut di dalam kitab suci
al-Quran dan al-Hadis yang mana beribadat di dalamnya mendapat seribu
ganda pahala berbanding di tempat-tempat lain.
Masjid al-Aqsa di dalam bahasa Arab
bermaksud ‘masjid yang jauh’, merujuk pada jaraknya yang berjauhan
daripada bumi Mekah yang menempatkan Masjid al-Haram. Di sini juga
menjadi tapak kepada salah satu peristiwa terpenting di dalam Islam
iaitu Isra’ dan Mikraj yang mana ketika itu, Nabi Muhammad S.A.Wtelah
dinaikkan ke langit untuk menghadap Allah S.W.T. Baitulmaqdis juga
menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke Mekah, iaitu
kira-kira selama enam belas bulan. Kedua-dua peristiwa besar Islam ini
iaitu pembinaan Masjid al-Aqsa dan peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku di
atas tapak Haram al-Sharif.
Selain itu, Masjid Kubah Batu turut
dibina berdekatan dengan Masjid al-Aqsa dan telah dibina pada zaman
pemerintahan Khalifah Abdul Malik semasa era Bani Umayyah. Diriwayatkan
senibina masjid ini yang begitu indah dengan kubah berwarna keemasannya
yang menonjol adalah untuk menyaingi kehebatan senibina gereja-gereja di
sekitar Baitulmaqdis yang menjadi tumpuan ramai pelawat. Kini Masjid
Kubah Batu menjadi antara monumen tertua orang Islam yang sangat
dikenali.
Masjid ini mendapat namanya berikutan
dipercayai didirikan di atas tapak batu terapung yang terjadi ketika
peristiwa Isra’ dan Mikraj. Ironinya batu ini juga dianggap suci oleh
penganut Yahudi disebabkan kepercayaan bahawa ia merupakan pusat bagi
‘Mount Temple’ dan dianggap sebagai asas untuk pembinaan kuil mereka
satu masa nanti.
Tetapi menurut catatan sejarah ketika
Khalifah Umar al-Khattab r.a yang bertanggungjawab menjadikan
Baitulmaqdis sebagai salah sebuah wilayah Islam, setibanya di kota ini
beliau lalu bertanyakan mengenai batu yang menjadi tempatnya Baginda
Rasul dinaikkan ke langit, lalu ditunjukkan oleh penduduk kota pada
sebuah batu terbiar di atas tanah tinggi yang dikepungi oleh tembok.
Lebih malang apabila kaum Yahudi mengotorkan kawasan itu dengan najis
dan sampah sarap sebagai tanda penghinaan kepada lokasi peristiwa Isra’
Mikraj itu. Khalifah Umar membersihkan kawasan itu bersama-sama dengan
orang Mukmin yang lain dan membina Masjid al-Aqsa buat kali pertamanya
di bumi Baitulmaqdis itu
Masyarakat Yahudi menganggap Haikal
ketiga dan sepatutnya menjadi yang terakhir seharusnya dibangunkan di
atas lokasi yang sama iaitu Haram al-Sharif bahkan perkara yang sama
turut dicatatkan di dalam kitab Injil. Perebutan tapak suci inilah yang
menjadi teras konflik antara Islam dan Yahudi selanjutnya menjadikan
kawasan suci ini sebagai tempat krisis yang masih belum selesai sehingga
sekarang.
Salah satu tembok yang mengelilingi
Haram al-Sharif ini, iaitu tembok di bahagian barat ataupun ‘Western
Wall’ ini menjadi tempat suci bagi penganut Yahudi. Tembok yang dibina
lebih daripada 2,000 tahun yang lampau ini merupakan satu-satunya
bahagian Haikal kedua mereka yang masih wujud. Mereka menganggap Tuhan
mereka berada di sebalik tembok itu dan pandangan mereka terhalang
disebabkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Oleh kerana itu lokasi
ini menjadi tempat mereka beribadat dan meratap di atas dosa-dosa yang
mereka lakukan dan amalan ini masalah berlangsung sehingga sekarang ini,
susulan dengan itu kadang-kadang tembok ini juga dirujuk sebagai
‘Wailing Wall’ ataupun tembok ratapan.
Mengikut agama Kristian pula, Baitulmaqdis juga mendapat kedudukan yang
mulia dan dianggap sebagai tanah suci mereka. Nabi Isa A.S yang
dilahirkan di Baitullaham iaitu sebuah bandar yang berhampiran dengan
Baitulmaqdis terus dibawa ke Baitulmaqdis sebaik sahaja dilahirkan.
Semasa remajanya, penganut Kristian percaya bahawa Nabi Isa A.S pernah
berkhidmat untuk mencuci Haikal kedua yang pada ketika itu masih
tertegak utuh di Baitulmaqdis. Selain itu juga, peristiwa penyaliban
dipercayai berlaku di dalam kawasan Baitulmaqdis tetapi lokasi yang
tepat masih lagi menjadi pertikaian sarjana-sarjana Kristian.
Pendapat yang paling diterima ramai adalah peristiwa itu berlaku pada
tapak di mana tertegaknya sebuah gereja yang dianggap paling suci oleh
penganut Kristian iaitu Gereja ‘Holy Sepulchre’, salah sebuah gereja di
dalam kawasan kota lama. Di sini juga dianggap sebagai lokasi orang yang
mereka percayai sebagai Nabi Isa A.S dimakamkan. Kota Baitulmaqdis
sehingga kini masih menerima pengunjung Kristian yang ramai dari seluruh
dunia terutamanya menjelang musim Easter.
Perang Salib yang berlaku pada 1099 Masihi juga menunjukkan keazaman
penganut Kristian untuk menawan tanah suci ini daripada penguasaan orang
Islam dan mereka telah berjaya menduduki kota ini selama kira-kira 200
tahun sehinggahlah kota ini dibebaskan oleh panglima Islam yang unggul
iaituSalahuddin al-Ayubbi pada tahun 1187 Masihi. Diriwayatkan bahawa
ketika tentera salib dihalau sepenuhnya dari kota, Salahuddin al-Ayubbi
sendiri yang membersihkan Masjid al-Aqsa yang dijadikan kandang kuda
oleh tentera salib, manakala Masjid Kubah Batu yang dijadikan sebagai
gereja dikembalikan fungsinya sebagai sebuah masjid.
Penguasaan orang Islam berterusan sehinggalah ke akhir zaman Khalifah
Uthmaniyyah yang menyaksikan Baitulmaqdis dikuasai oleh British
sehinggalah mandat penguasaan itu tamat. Kewujudan negara Israelpada
tahun 1948 menyaksikan peperangan antara Arab dan Yahudi berlaku untuk
menguasai wilayah Palestin yang ketika itu dibahagikan secara berat
sebelah oleh badan dunia PBB.
Penduduk Arab yang mewakili dua pertiga diperuntukkan hanya sepertiga
kawasan sementara sepertiga Yahudi mendapat selebihnya tanah Palestin.
Ketika itu PBB mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai wilayah antarabangsa
tetapi pertempuran tentera Israel dan Arab menyebabkan bahagian barat
kota jatuh ke tangan Yahudi dan diisytiharkan sebagai ibu kota negara
Israel tetapi tidak diiktiraf oleh dunia.
Bahagian timur Baitulmaqdis dikuasai oleh negara Jordan, termasuklah
kawasan kota lama Baitulmaqdis ini. Sehingga waktu ini, Haram al-Sharif
merangkumi keluasan hampir seperlima daripada keluasan kota lama
Baitulmaqdis masih dikuasai oleh orang Islam.
Kota lama Baitulmaqdis terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian
pertama adalah bahagian orang Islam iaitu bahagian yang terbesar antara
kesemua bahagian, Kompleks Haram al-Sharif adalah sebahagian daripada
kawasan orang Islam. Bahagian kedua adalah bahagian Yahudi dan
selebihnya merupakan bahagian Kristian dan bahagian Kristian Armenia,
iaitu bahagian yang paling kecil antara semua. Walaupun Orang Armenia
juga merupakan penganut Kristian, tetapi mereka mendapat kawasan mereka
sendiri di dalam kota dan bilangan mereka juga hanya kecil jika
dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain. Ketika Jordan menguasai kota
lama, penganut Yahudi tidak dibenarkan beribadat di sekitar ‘Western
Wall’ ataupun tembok ratapan itu dan kebanyakan tempat ibadat Yahudi
ditutup dan sebahagian bahagian orang Yahudi di kota lama turut
menempatkan penduduk Arab yang menjadi pelarian akibat wilayah mereka
dirampas oleh Israel.
Tetapi perang pada tahun 1967 merubah lanskap kota ini sampai
sekarang. Penglibatan Jordan di dalam perang negara-negara Arab dengan
Israel menyebabkan bahagian timur kota ini jatuh ke tangan Yahudi, lebih
teruk apabila wilayah Palestin yang selebihnya turut jatuh bersama
sehinggalah ke Tebing Barat Sungai Jordan. Mesir pula kehilangan
Semenanjung Sinai dan Genting Gaza sementara Syria terlepas Tanah Tinggi
Golan.
Bermulanya kejatuhan Baitulmaqdis
ini menyaksikan banyak pencabulan dilakukan oleh bangsa Yahudi ke atas
Baitulmaqdis. Antaranya menjadikan kawasan ‘Western Wall’ sebagai tapak
ibadat mereka selain pembinaan penempatan haram Yahudi yang mengelilingi
kejiranan Arab di dalam usaha memastikan kota ini didominasi secara
penuh oleh Yahudi. Penempatan masyarakat Yahudi turut dibina di dalam
bahagian orang Islam.
Rumah-rumah penduduk Palestin dirampas
dan digantikan dengan perumahan Yahudi. Lebih teruk lagi apabila
kerajaan Israel meluluskan akta yang menggabungkan timur dan barat
Baitulmaqdis sebagai satu kota dan menjadi ibu kota Israel yang rasmi
menggantikan Tel Aviv yang sebelum ini menempatkan kedutaan-kedutaan
asing. Pejabat Presiden dan Perdana Menteri, kediaman Presiden dan
Perdana Menteri, bangunan Parlimen, Mahkamah Agung dan
kementerian-kementerian Israel semuanya dipindahkan ke Baitulmaqdis
secara beransur-ansur.
Masjid al-Aqsa juga beberapa kali telah dicabuli termasuklah dibakar
oleh fanatik Yahudi sehingga membawa kemusnahan mimbarnya. Paling
diingati adalah peristiwa yang berlaku pada tahun 2000, lawatan penuh
provokasi Perdana Menteri Israel ketika itu iaitu Ariel Sharon ke
kompleks Haram al-Sharif. Untuk rekod, Ariel Sharon terlantar koma
akibat serangan strok semasa masih bertugas sebagai Perdana Menteri pada
tahun 2006 dan masih tidak sedarkan diri.
Ariel Sharon
Perlu diingatkan bahawa walaupun
Israel menguasai kota ini secara total namun pengawalan kompleks Haram
al-Sharif diberikan kepada badan Islam sebagai kawasan wakaf dan juga
Raja Jordan dianggap sebagai penjaga Masjid al-Aqsa. Bendera negara
Israel juga tidak dibenarkan dikibarkan di sekitar Haram al-Sharif.
Penganut agama lain juga dilarang memasuki kompleks suci ini dan
askar-askar serta polis Israel berkawal di pintu masuk dan pengunjung
mesti membuktikan mereka ini adalah Islam sebelum memasuki kompleks
untuk beribadat. Langkah ini diambil bagi mengelakkan terjadinya
pertikaian seterusnya membawa kepada pertumpahan darah memandangkan
lokasi ini amat sensitif bagi semua penganut agama samawi.
Namun sampai bilakah langkah ini berterusan menjadi tanda tanya
memandangkan sikap kerajaan zionis Israel sendiri yang suka melakukan
provokasi ke atas penduduk Palestin dan pengyahudian Baitulmaqdis bukan
lagi sesuatu agenda yang rahsia.
Hari ini, Kota Baitulmaqdis masih berada di bawah kekuasaan bangsa
Yahudi yang menyimpan impian untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang mahu
digantikan dengan Haikal ketiga mereka yang dipercayai menjadi Haikal
terakhir mereka, malahan mereka bertungkus lumus melakukan aktiviti
carigali di sekitar kompleks Haram al-Sharif untuk menguatkan dakwaan
pemilikan mereka ke atas kawasan suci itu sebelum terbinanya
masjid-masjid di atasnya.
Mengikut berita yang tersebar luas, mereka melakukan penggalian di
bawah tapak masjid sehingga meletakkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah
Batu di dalam risiko keruntuhan akibat aktiviti yang kononnya
berlandaskan kerja-kerja arkeologi itu. Kaum Yahudi kelihatan begitu
teruja untuk merealisasikan pembinaan Haikal Sulaiman mereka itu, bagi
mereka pembinaan itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka
dan perlu dilaksanakan, yang menjadi persoalan hanyalah bila Haikal
Sulaiman itu akan dibangunkan?