 |
| Kitab Bible dan Injil.. adakah ia sama?? |
Oleh: Zulhasanain ZR
Kebanyakan orang menyangka bahawa bible adalah nama lain bagi Kitab
Injil. Ramai di khalayak umat Islam menyangka bahawa isi bible adalah
kitab Injil yang Allah turunkan kepada Nabi Isa A.S. tetapi ianya di
ubah. Apakah benar pandangan ini? Mari kita lihat sejarahnya kerana
apabila disebut kitab Allah, ia bermaksud wahyu (kalamullah) yang
diturunkan Allah S.W.T kepada seorang rasul. Selain Al-Quran, terdapat
kitab-kitab lain yang diimani oleh umat islam iaitu Injil, Taurat dan
Zabur. Adakah bible merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi
Isa A.S?
Sebenarnya bible adalah himpunan kitab-kitab warisan daripada
kitab-kitab yahudi (old testament, Perjanjian Lama) dan kitab-kitab yang
ditulis selepas Jesus Christ (new testament, Perjanjian Baru). Ertinya,
ia bukan wahyu Allah kepada Nabi Isa seperti Al-Quran yang merupakan
wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Apabila disebutkan wahyu, maka sebutannya adalah Allah berfirman,
kerana itu adalah firman langsung Allah kepada seorang rasul agar
disampaikan kepada umat. Bible adalah tulisan manusia atau riwayat.
Kerana itulah kita dapati keraguan terhadap ketuluenan bible terus
menjadi isu yang dibangkitkan oleh penganut Kristian sendiri.
 |
| Kitan Injil Barnabas atau Gospel Barnabas yang berusia lebih 1500 tahun |
Apakah kaitan Gospel dengan bible?
Gospel adalah tulisan kitab-kitab warisan yang kononnya telah
ditulis oleh pengikut-pengikut Jesus Christ. Gospel merupakan kandungan
atau juzuk-juzuk dalam bible. Ia merujuk kepada empat buah kitab awal di
dalam bible pada bahagian New Testament yang merakankan kisah hidup dan
kematian Jesus Christ; Gospel of Matthew, Mark, Luke dan John yang
digelar Canonical bible atau Injil Kanonik. Keempat-empat kitab ini
dianggap sahih pada pandangan ilmuan Kristian, walaupun pada awalnya
terdapat beberapa kitab Gospel selain daripada itu. Bagaimanapun, tiada
satu bahagian pun daripada Gospel tersebut yang masih kekal dan dapat
diwarisi. Ironinya, keempat-empat Gospel yang dijadikan rujukan itu
asalnya dalam bahasa Greek dan bukannya bahasa Aramaic iaitu bahasa
pertuturan Nabi Allah Isa A.S. dan pengikutnya.
 |
| Al Quran telah menceritakan akan kebenaran dan status kitab yang turun sebelumnya iaitu Injil |
Apakah kesan Gospel tersebut terhadap kepercayaan kepada tuhan?
Adalah penting untuk diketahui umum bahawa terdapat 10 buah
kitab Gospel sebelum abad ke-4 Masihi. Termaktub di dalam sejarah, Raja
Konstantin I telah mengumpulkan ahli-ahli agama dalam Majlis Nicaea pada
tahun 325 M bertujuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sengit
terhadap persoalan pokok di dalam kepercayaan di kalangan soal
kepercayaan di kalangan ahli-ahli agama Kristian iaitu bersangkutan
dengan isu sama ada Jesus (Nabi Isa A.S) itu Tuhan atau tidak.
Terdapat dua golongan ilmuan Kristian pada waktu itu. Satu golongan
ilmuan mempercayai Jesus adalah seorang insan (hamba Tuhan) dan satu
golongan lagi mempercayai ketuhan Jesus (memiliki unsur ketuhanan/anak
Tuhan). Golongan majoriti di kalangan ilmuan ketika itu mengatakan
bahawa Jesus adalah hamba Tuhan. Walau bagaimanapun, dalam majlis
tersebut golongan majoriti ini telah di paksa supaya tunduk dan mengalah
kepada golongan minoriti yang mempertuhankan Jesus.
Golongan ilmuan majoriti terpaksa mengalah kepada minoriti. Sesuatu
yang bertentangan dengan disiplin ilmu dan amat tidak masuk akal.
Semua prinsip ilmu terpaksa tunduk kepada kehendak Raja Konstantin I.
Beliau merupakan Maharaja Rom yang pertama memeluk agama Kristian.
Sebagai Raja Rom, kepercayaa pagan dan mitos yang berasal daripada
mitologi Romawi yang percaya kepada pelbagai tuhan dan dewa-dewi masih
bertapak dalam dirinya. Ini mempengaruhi keputusan Majlis Nicaea.
Peranannya dalam mencari jalan penyelesaian kepada pertelingkahan
golongan agamawan membawa kepada satu resolusi Majlis Nicaea (325 M)
yang menerima pakai doktrin ketuhanan Jesus dan konsep ‘triniti’;
mempercayai bahawa ‘tuhan itu tiga’, iaitu terdiri daripada Tuhan bapa,
Tuhan anak dan Ruhul Qudus.
Serentak dengan itu, Majlis Nicaea (325 M) juga telah menafikan
kesahihan beberapa kitab Gospel selain daripada Gospel of Matthew, Mark,
Luke dan John, di antaranya ialah The Letter of Barnabas, Didache,
Thomas dan Mathias (sekadar menyebut beberapa nama). Bible yang lain ini
dianggap palsu, menyimpang, tidak asli atau dongeng. Mereka
menggolongkannya ke dalam istilah seperti Gnostik atau Apocrypha.
Peristiwa ini berlaku sekitar 300 tahun setelah ‘kematian’ Jesus
Christ. Bertitik tolak dari situlah berkembangnya segala kekeliruan dan
pertentangan akidah dengan kepercayaan yang telah dipegang oleh majoriti
penganutnya sebelum tarikh tersebut.
Sumber: Majalah Q&A, Isu #03, Muka Surat 41
http://myibrah.com/kenapa-bible-bukan-injil