nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label hadis nabi. Show all posts
Showing posts with label hadis nabi. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel


Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel

Hadis Nabi Saw direalisasikan hampir 600 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, Khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "Sebaik-baik raja" dan "Sebaik-baik tentera dalam hadis ini? 

Sabdanya Rasullulah saw ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq: 

".... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...." 

(HRiwayat Imam Ahmad

Umat islam telah berlumba-lumba berusaha membebaskan Konstantinopel seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah swt dalam hadis ini. Namun begitu semuanya menemui kegagalan, peperangan yang menemui kegagalan ialah lima peperangan di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu di zaman Kerajaan Abbasiyyah, dan dua di zaman Kerajaan di zaman Uthmaniyyah. 


Biodata Ringkas 

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 M di Adrianapolis (sempadan Turki-Bulgaria). Sejarah hidup baginda telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut "Sebaik-baik raja" di dalam hadis. Baginda dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel. 

Baginda menaiki tahta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451-1481). Baginda merupakan seorang pemimpin dan panglima yang ulung yang memimpin sendiri 25 siri ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout tetapi ada juga yang berpendapat baginda mangkat kerana diracun. 

Pendidikan 

Sultan Muhammad Al-Fateh menerima pendidikan dalam bidang agama melalui gurunya, Syeikh Shamsuddin Al-Wali keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Dalam ilmu peperangan, baginda diajar teknik peperangan seperti strategik, memanah, dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera baginda. 

Dalam bidang akademik pula, Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Latin, Bahasa Greek, Bahasa Serbia, Bahasa Turki, dan Bahasa Hebrew. 


Dalam bidang ilmu pemerinahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, mendidik Sultan Muhammad Al-Fateh bersuluk ke Pulau Magnesia dan telah melantik Sultan Muhammad Al-Fateh yang berusia 12 menjadi Khalifah dan pada usia semuda itu juga, baginda telah mahir tipu daya musuh. 


Keperibadian

Sultan Muhammad Al-Fateh sentiasa bersifat tawaduk (merendah diri). Semasa membina Benteng Rumeli Hissari baginda membuka baju dan serban hanya semata-mata untuk mengangkat batu dan pasir tindakan Sultan Muhammad Al-Fateh ini menjadi ikutan ulama dan menteri untuk turut sama bekerja. Baginda seorang yang tenang, pendiam, berani, sabar, dan tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka perihal permasalahan negara. 

Pada kali pertama solat jumaat hendak didirikan timbul masalah siapakah yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan semua tenteranya termasuk dirinya untuk berdiri lantas bertanya,"Siapakah diantara mereka sejak baligh sehingga kini pernah meninggalkan solat fardu walaupun sekali, sila duduk! Tiada seorang pun yang duduk kerana tiada seorang pun diantara mereka pernah meninggalkan solat fardu. 


Baginda bertanya lagi,"Siapakah diantara mereka sejak baligh pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk! Sebahagian tenteranya duduk. 


Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh bertanya lagi,"Siapakah diantara kita diantara mereka sejak baligh pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam. Kali ini semuanya duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat sunat rawatib dan solat tahajud sejak baligh. Baginda adalah sebaik-baik raja yang telah disyariatkan oleh Rasullulah saw dalam hadisnya. 


Persiapan Awal membebaskan Konstantinopel 

Selama 2 tahun selepas menaiki tahta Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengkaji pelan Kota Konstantinopel bagi mengenalpasti titik kelemahan dan kekuatannya. Beliau mengkaji sebab-sebab kegagalan peperangan-peperangan yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima tentang strategi yang sesuai digunakan. Strategi yang dilancarkan terhadap tentera Rom ini mengandungi strategi daripada peperangan oleh Rasullulah saw dan Salahuddin Al-Ayyubi kerana dua ikon hebat ini menjadi tempat rujukan yang paling disanjungi oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. 

meriahmuhammadalfateh
Meriah Muhammad Al-Fateh

Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan dibina peralatan meriah besar yang termoden yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina ditebing sebelah Eropah lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinopel di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildrim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memecilkan Konstantinopel apabila diserang nanti. 


Sultan Muhammad Al-Fateh membawa para ulama dan pakar motivasi ke medan perang yang bertujuan memberikan motivasi semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera islam bersolat dan melaungkan azan yang memecahkan kesunyian alam. 
tembokkotakonstantinopel
Tembok Kota Konstantinopel
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantine supaya menyerah diri. Keengganan Raja Byzantine menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung pada 19 April 1453 serangan dimulakan. Kota Konstantinopel dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya telah rosak tetapi tengahnya masih teguh. Tembok Kota Konstantinopel ini mempunyai tiga lapisan, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki  

Menara Bergerak 

Seterusnya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine telah memusnahkan menara bergerak ini setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. 

Pope di Rom menghantar bantuan 5 armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthamiyyah (tentera islam). Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantine. Kegembiraan mereka tidak lama. 


Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung 

Keesokkannya mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmiyyah di Teluk Perairan Golden Horn. Ini adalah kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui antara peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan barat sendiri.Kapal-kapal ini membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar terkenal bedilan meriam Uthmaniyyah. 

Pertahanan Byzantine semakin lemah. Sultan Muhammad Al-Fateh mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan tentang hadis Rasullulah saw dan berdoa kepada Allah SWT. 


Memanjat dan Melastik Dinding Kota 

Keesokkan paginya tentera islam telah memanjat tembok dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit oleh tentera Byzantine menyebabkan ramai tentera islam yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur tetapi bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari. 

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh. Pada saat, yang genting itu baginda berucap untuk menaikkan semangat tenteranya "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".


Mendengar itu, Hasan Ulubate salah seorang tentera baginda yang mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh sambil mencacak bendera islam disitu. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani dengan anak panah musuh. Kemudian, tentera islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah "Allahu Akbar".


Penawanan Kota Konstantinopel 

Pada 29 Mei 1453 Kota Konstantinopel jatuh ke tangan islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (islam keseluruhannya) dan kemudian akhirnya di tukar nama Istanbul. Gereja Besar St.Sophie ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Sultan Muhammad Al-Fateh dengan tawaduk melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah baginda diberikan gelaran "Al-Fateh" yang bermaksud pembuka ataupenakluk lantaran kejayaannya membebaskan Kota Konstantinopel.

Hari ini kita ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan tamadun dan kegemilangan islam kembali. Marilah kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menakluk kota hebat seperti Kota Konstantinopel ini.  

@mselim3.blogspot.com 

Thursday, January 12, 2012

Sains dan teknologi satelit telah membenarkan hadis Rasulullah saw

Google Earth Membuktikan kebenaran Nabi Muhammad S.A.W.



>> Tuesday, October 20, 2009





Sungguh Kami ( sering ) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang diberi Al Kitab ( taurat dan injil ) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang mereka kerjakan. 
(Al-Baqarah : 144)

Pada tahun kedua hijrah, ketika semua arah kiblat mengarah ke Baitul Maqdis, Rasulullah Muhammad SAW yang ketika itu berada di Madinah Al-Munawarah diperintah oleh Allah SWT supaya kiblat harus diubah kepada menghadap Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah. Sejak waktu itu, Masjidil Haram menjadi kiblat untuk semua umat Islam dan sejak saat itu Islam terus tersebar. Dan dengan pertolongan Allah SWT Islam meraih kemenangan, dan ramai yang memeluk Islam ketika itu termasuk orang orang Yaman

Setelah itu, Rasulullah saw mengirimkan mereka (orang2 Yaman) guru untuk mengajar mereka tentang agama. Maka Rasulullah saw mengirim Ali bin Abi Thalib ke Hamdan dan mengirim Muath ibn Jabel ke Janad dan ia mengirim utusan utusan ke Sana'a. Dan diantara utusan utusan itu, adalah Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee yang diutus sebagai pelindung (Sana'a) kemudian memerintahnya untuk membangunkan sebuah masjid dengan ketentuan yang Rasulullah saw telah tentukan sendiri.

At-Tabrani di dalam Al-Mu'jamAl-Awsat berkata : "Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee berkata : "Rasulullahsaw berkata padaku : " jika kamu membangun masjid Sana'a, bangunlah dikanan sebuah gunung bernama Deyn." Al-Hafez Al-Rahzey dalam bukunya "History of Sana'a" mengatakan, Rasulullah saw yang memerintahkan Wabribn Yuhanas Al-Ansarey ketika ia mengutusnya ke Sana'a untuk menjadi pelindung berkata " Panggillah mereka kepada Iman (kepercayaan / untuk membuktikan kebenaran). Jika mereka mentaatimu tentang hal itu maka aturlah mengenai Solat. Jika mereka mentaatimu mengenai hal itu, bangunlah masjid di taman Bathan, di mana disitu ditemukan sebuah batudi Gamdan dan arahkan ke sebuah gunung bernama Deyn." dan Al-Rahzey berkata: " Rasulullah saw menulis kepada Wabr untuk membangun dinding Bathan masjid dan membuatnya dari posisi dasar batu, dan mengarah ke Deyn."

Dan 14 abad selepas kejadian itu. Roket-roket dicipta dan mereka dapat melintasi jarak yang jauh (ke angkasa) membawa satelit-satelit.

Demi bintang ketika terbenam.


Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm (Bintang) : 1-4

Satelit-satelit membuktikan kebenaran Rasulullah saw.

Sebuah research yang dilakukan syeikh Abdul Majid Al-Zandaney

Melalui Google earth, kita boleh melihat bumi dari satelit. Dan kita boleh melihat wilayah Sana'a dan kemudian di zoom in sehingga nampak sebuah Masjid besar (mesjid agung) yang dibelakangnya terdapat masjid Sana'a yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw yang sekarang dibatasi oleh batu Mulallamah seperti yang digambarkan Rasulullah saw.

Dalam video itu kita dapat melihat pilar Masmoorah, yang dipelihara penduduk Yaman dan tepat diseberangnya adalah pilar lain yang disebut Manq'urah. Kemudian ditampilkan kiblat dari arah luar masjid. Setelah itu kita dapat lihat masjid yang berada di antara menara menara tersebut. Kemudian skrin di zoom out sehingga nampaknya wilayah Sana'a dengan masjid agung di pusatnya.

Kemudian kita dibawa untuk melihat foto satelit Gunung Deyn, sehingga bergeserlah foto satelit bumi itu ke arah barat laut ke arah gunung yang dimaksud oleh Rasulullah saw, di mana ia memerintahkan kepada Wabribn Yuhanas untuk mengarahkan kiblat masjid ke arah Gunung Deyn dan untuk membangun masjid di kanan dari Gunung Deyn.

Kemudian video di zoom in sehingga nampak jelaslah puncak gunung Deyn, sekarang diatasnya terdapat kem tentera dengan sebuah stesen pemancar televisyen.

Kemudian video di pusing kedudukannya sehingga kita dapat melihat puncak Gunung Deyn secara horizontal. Nampaklah puncak gunung Deyn beserta jalan yang menghubungkannya dengan Sana'a dan wilayah Amran.

Kemudian kita diajak kembali ke gambar satelit wilayah Sana'a, sehingga kita dapat memulai dari masjid yang dibangun atas perintah Rasulullah saw. Dibuatkan garis halus (digambarkan sebuah garis kuning) yang dimulai dari kiblat masjid Sana'a yang mengarah ke gunung Deyn, garis dari kiblat masjid Sana'a ditarik ke arah PUNCAK gunung Deyn dan nampak garis itu melalui kem tentera. Maka terbentuklah sebuah garis lurus melintang dari kiblat Masjid Sana'a ke PUNCAK gunung Deyn.

Dan kita diajak untuk memanjangkan arah garis kuning itu lurus ( benar-benar garis lurus ) terus ke arah barat laut ke luar dari batas negara Yaman. Ternyata Garis itu menuju ke Mekah. tidak hanya itu, tidak ke tempat lain, garis itu tepat menuju Masjidil haram lebih dari itu, ketika di zoom in, tidak ke bahagian masjid yang lain, garis itu tepat menuju Kabah tanpa menjauhi arah pusat Kabah.

Kalau diteliti secara terbalik ( bermula dari arah tenggara ), nampaklah sebuah garis lurus dari pusat Kabah ke puncak gunung Deyn, ke masjid agung, dan ke mesjid Sana'a, iaitu tepat ke kiblat yang arahnya ditentukan oleh Rasulullah saw. Jadi tempat ibadah di masjid yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw di Sana'a itu yang mengarah kepuncak gunung Deyn, ternyata terus merentasi menuju pusat Kabah, melalui sebuah garis lurus.

Jarak antara Sana'a ke Mekah sekitar 815 km dan jarak dari Sana'a ke Gunung Deyn adalah 30 km.

Tidak ada seorang pun manusia di bumi ini dapat menggambarkan sebuah garis lurus dipermukaan bumi antara dua wilayah yang begitu jauh, kecuali dengan bantuan peta yang sangat terperinci, yang sekarang dapat dikaji dengan adanya pesawat terbang dan satelit, dan ilmu pengetahuan tentang garis bujur / garis lintang / ketinggian tanah dan lain lain. Dan Rasulullah saw, 14 abad lalu, tidak menggunakan semua itu.

Subhanallah.


Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm :3-4

Blogger: Apa yang ada dan jelas dalam Al Quran pun kita masih ingin berdalih. Inikan pula Hadis Nabi SAW. Bagaimana nabi tahu dengan sebegitu tepat sekali arah kiblah kalau bukan dari Allah Rabbul Jalil. Dekatilah AL Quran dan AL Hadis sesungguhnya ia amat benar dan membenarkan.
sumber: http://zharifalimin.blogspot.com

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...