nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label calon PAS. Show all posts
Showing posts with label calon PAS. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Che Long: Calon PAS PRK Kuala Besut yang kukenali

Dr Azman Ibrahim,10 Jul 2013

Tepat jam 11:55 malam, 9 Julai (malam tadi) bertempat di Kampung Nail, Kuala Besut, Tuan Guru Presiden PAS mengumumkan nama seorang aktivis parti yang akan memikul amanah PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut, 24 Julai ini.

Nama Azlan mungkin agak asing bagi masyarakat di sini yang biasa memanggilnya dengan panggilan mesra, Che Long.

Walaupun dari segi kawasan pilihanraya, Jabi terletak dalam Parlimen Setiu, tetapi disebabkan jarak yang cuma bersepadanan serta persamaan dari segenap segi sosio-budaya, menjadikan saya tersangat akrab dengan pimpinan PAS kawasan Besut.

Bermula dari Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar, Timbalannya Cikgu Solah, Ketua Penerangannya Ustaz Wan Syukri, Setiausahanya Aminuddin yang mesra disapa Pak Su Amin, Datuk Hussein Awang, Ust Nik Zawawi dan ramai lagi untuk disebut namanya, semuanya adalah sahabat karib dalam menempuh suka duka perjuangan.

Che Long selaku bendahari PAS Besut selalunya mesra saya menyapanya dengan panggilan Abang Long sebagai menghormati perbezaan umur antara kami.

Saya mengenalinya sebagai seorang aktivis parti yang tawaduk, perlahan dan teratur dalam pertuturan, suaranya lemah lembut dan penuh kemesraan.

Sekarang Abang Long dipertanggungjawabkan memikul amanah parti untuk memahat sejarah baru dalam catatan negeri Terengganu. 16:16 akan menjadi kenyataan dengan izin Allah.

Tahniah serta takziah serentak saya ucapkan. Tahniah kerana mendapat kepercayaan pimpinan yang tentunya telah memilih yang terbaik antara yang terbaik manakala takziah disebabkan kita menyedari alangkah beratnya beban tanggungjawab yang akan dipikul.

Masyakat Kuala Besut bertuah, peribadi yang dikemukakan PAS untuk mereka undi dan pilih pada 24 Julai 2013 nanti, hakikatnya telah sekian lama menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat di sini.

Tua dan muda mengenalinya. Sebati dengan susah dan senang masyarakat setempat adalah kelebihan tersendiri Che Long sebagai pemimpin. Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ PAS kawasan Besut. Warak serta memiliki pegangan agama yang kuat.

Saya doakan kejayaan Abang Long memikul amanah ini dengan cemerlang.

Seluruh negara malah seluruh dunia sedang memerhatikan kita. 16:16 akan menjadi suatu testimoni perundangan yang sangat menarik. Semuanya di tangan pengundi N01 Kuala Besut. Ayuh!!

Penulis ialah AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Monday, April 22, 2013

Haji Omar Sidek Calon Pas Parlimen Setiu P034- PRU 13


Berkenalan dengan Calon PAS Parlimen Setiu P034

BIODATA HAJI OMAR BIN SIDEK (CALON PARLIMEN SETIU (P034))

Tarikh Lahir :
- 10 Disember 1955

Tempat Lahir :
-Kg. Tok Raja,Besut,Terengganu

Pendidikan :
-SMA Ittifakiah
-Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin
-Kolej Islam Klang
-Sarjana Muda Usuluddin Dan Falsafah ,UKM
-Master Sains (HRD), UPM

Profesyen Dahulu :
Kerajaan Persekutuan
-1981-1987 Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah 
-1987-1990 Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Melaka
-1990-1998 INTAN wilayah Timur,Kemaman
-1998-1999 Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu
-1999-2000 Pengurus Besar Kolaj Antarabangsa, Terengganu
-2000-2004 Pengarah Yayasan Islam

Pengalaman Di Dalam Parti :
- Ahli seumur hidup sejak dari UKM 

Jawatan Di Dalam Parti :
-Penolong Setiausaha Dewan Ulama Pas Negeri
-AJK PAS Kawasan Setiu
-Setiausaha Urusan Ulama Kawasan Setiu
-Pengerusi UPU Renek

Sumbangan & Pemglibatan Dalam Masyarakat
-Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Anak-anak Setiu
-Pengerusi Pusat Rawatan Darusyifa Besut
-Pengendali Kursus Perkahwinan


Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...