nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Dividen KWSP 2012..6.15%


Ini adalah kenyataan rasmi dari KWSP berkaitan DIVIDEN 2012
KWSP Isytihar Dividen 6.15 Peratus Untuk 2012

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.15 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Kadar dividen ini adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding dengan kadar 6.00 peratus yang dibayar pada 2011, mencatatkan rekod baru berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Walaupun persekitaran pelaburan yang semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan yang paling kukuh sejak awal milenium, disokong oleh keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.”
Pada 2012, KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi setakat ini sebanyak RM31.02 bilion, meningkat 13.91 peratus berbanding 2011. Pembayaran dividen tertinggi ini sebanyak RM27.45 bilion diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.
“Objektif utama KWSP adalah untuk melindungi simpanan persaraan ahli dengan menjana pulangan yang melebihi kadar inflasi. KWSP terus memenuhi komitmen ini dari tahun ke tahun menerusi Alokasi Aset Strategik (SAA) yang bertujuan memperoleh pulangan konsisten jangka panjang dalam had risiko yang boleh diterima bagi setiap kelas aset,” kata Tan Sri Samsudin. (Rujuk Carta 1).

Dividen KWSP 2012 ? 6%


blogger: Cuma confuse sikit samada ini dividen 2011 atau 2012? Tarikh statement kat bawah adalah pada 19 Februari. Berita ini juga di petik dari laman rasmi KWSP. Harap dapat penjelasan
KWSP Isytihar Kadar Dividen 6.00 Peratus Untuk 2011 Tertinggi Dalam Sedekad
Bayaran dividen RM24.47b daripada pendapatan pelaburan kasar RM27.24b

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.00 peratus, tertinggi dalam tempoh 10 tahun untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Kadar dividen ini meningkat sebanyak 20 mata asas daripada 5.80 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, "Tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP. Walaupun persekitaran pelaburan yang mencabar, ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP berserta dengan usaha berterusan pasukan pelaburan KWSP."
KWSP terus menunjukkan pencapaian yang lebih baik pada 2011 dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010. Bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi, caj berkanun dan bayaran dividen pengeluaran, bertambah sebanyak 13.23 peratus berbanding RM21.61 bilion pada 2010.
"Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global serta program pengurusan yang aktif.
"Prestasi kukuh selepas krisis kewangan 2008 membuktikan komitmen KWSP dan pendekatan berdisiplin dalam pelaburan. Walaupun KWSP tidak boleh menjamin dapat mengekalkan prestasi pelaburan ini dalam suasana ekonomi global dan pasaran tidak menentu, KWSP komited untuk melindungi dan memberi nilai tambah kepada simpanan persaraan ahli khususnya dalam menghadapi tekanan inflasi," kata Tan Sri Samsudin.
Setakat 31 Disember 2011, jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada ahli dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan. 
Selaras dengan tumpuan untuk memberikan pulangan yang stabil bagi jangka panjang, KWSP terus melabur sebahagian besar aset pelaburannya atau 60.79 peratus dalam instrumen berpendapatan tetap yang berisiko rendah dan stabil. Sejajar dengan pendedahan risiko yang boleh diterima, 35.64 peratus jumlah aset dilaburkan dalam Ekuiti sementara baki 3.18 peratus dan 0.39 peratus diperuntukkan kepada Instrumen Pasaran Wang dan Hartanah. (Rujuk Lampiran 1, Jadual 1).
Ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan. Ini diikuti oleh Pinjaman dan Bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Instrumen Pasaran Wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau 0.43 peratus disumbangkan oleh Hartanah dan Pendapatan Pelaburan Lain. (Rujuk Lampiran 1, Jadual 2).
"Oleh kerana pegangan KWSP banyak tertumpu dalam aset berpendapatan tetap, sebahagian besar pulangan dipengaruhi oleh arah aliran kadar faedah. Dalam persekitaran kadar faedah yang rendah, ia merupakan satu cabaran kepada KWSP untuk memaksimumkan pulangan. Justeru, KWSP telah secara beransur-ansur dan berhati-hati beralih kepada aset yang memberikan pulangan lebih tinggi dengan had risiko yang boleh diterima.  Strategi ini telah memberikan kesan yang baik, melebihi jangkaan KWSP kerana berjaya mengatasi kadar simpanan tetap  dan faedah semasa," kata Tan Sri Samsudin.
"Salah satu pencapaian utama aktiviti pelaburan KWSP pada 2011 ialah penyelesaian pengambilalihan bersama (dengan Kumpulan UEM) PLUS Expressway Berhad melalui  syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn. Bhd. Selain itu, KWSP juga telah meluaskan pelaburan global dalam Hartanah, Ekuiti dan Sukuk. Perluasan ini adalah selaras dengan objektif dan strategi pelaburan yang berpandukan Alokasi Aset Strategik dan Rangka Kerja Pengurusan Risiko KWSP," tambah beliau.
Berikutan bilangan ahli yang bertambah, sebanyak RM4.08 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen pada 2011. Ini merupakan peningkatan sebanyak 9.44 peratus berbanding RM3.73 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus  kadar dividen bagi tahun 2010. (Rujuk Lampiran 2, Carta 1). Amaun yang diperlukan untuk membayar satu peratus dividen akan terus meningkat 8 hingga 9 peratus setiap tahun.
"KWSP  menjangka saiz dana akan mencecah setengah trilion ringgit menjelang akhir tahun ini atau pada awal tahun hadapan. Sebagai sebuah dana persaraan, KWSP berpegang teguh kepada objektif pelaburan jangka panjang dan strategi pelaburan berhemah untuk kepentingan persaraan ahli," kata Tan Sri Samsudin.
Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-kira KWSP mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 20 Februari 2012.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.
Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.
KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Tarikh : 19 Februari 2012

Saturday, August 13, 2011

Sekadar renungan muhasabah diri... peristiwa 2012...apakah mungkin berlaku?

Pagi ini masa buka Facebook terpandang artikel yang dimuat naik oleh rakan Facebook. Sekadar  mengambil iktibar dan pengajaran. Sekurang-kurang kita bersedia daripada sekarang menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Ia pasti akan berlaku cuma tarikh sebenar sahaja tidak diketahui. Kita hanya mampu membuat ramalan untuk dijadikan pengiktibaran...

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah ma...lam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman.. Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......Lihat seterusnya..
 
Hadis di atas telah menjelaskan segalanya. Semoga kita dapat bermuhasabah diri terutama mengambil kesempatan Ramadhan untuk merebut ganjaran dan bonus. 

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...