nuffnang adv

lazada adv

Friday, March 22, 2013

Ingatan untuk WARTAWAN, PENULIS dan BLOGGER, berhati-hatilah dalam menulis.. jangan merana di alam barzakh


Di mutakhir ini, wartawan, penulis mahupun blogger adalah antara mereka yang paling sibuk dalam menyampaikan maklumat kepada awam dan publik. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu hangat yang sibuk diperkatakan samada isu politik, isu agama, PRU 13 dan bermacam-macam isu lagi. Masing-masing sibuk menjadi yang pertama dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutama menggunakan media sosial samada Facebook, blog, tweeter, laman web dan sebagainya.


Sememangnya tugas wartawan, penulis mahupun blogger adalah menyampaikan maklumat kepada awam untuk dikongsi. Akan tetapi sebelum noktah terakhir setiap penulisan , beberapa ingatan dan garispanduan perlu dipandang serius antaranya:

  • adakah penulisan kita nanti akan memberi kesan dan manfaat yang baik kepada masyarakat
  • adakah ianya berasaskan sumber dan fakta yang betul dan benar?
  • adakah ianya tidak dimanipulasikan
  • Adakah kita pasti bahawa tulisan kita ini tidak akan merosakkan masyarakat dengan apa yang kita tulis.

Apa yang patut kita bimbang dan waspada adalah supaya hasil nukilan dan penulisan kita tidak menjadi RANTAIAN DOSA sebagaimana 'multi level marketing'. Di mana ia terus memberi kesan yang butuk berpanjangan kepada masyarakat. Bayangkan kita di azab di alam barzakh sehingga hari kiamat hanya kerana penulisan kita  yang telah meruntuhkan moral, pecah belah dalam masyarakat dan seumpamanya.


Alangkah malangnya kita sebagai penulis, wartawan mahupun blogger, apabilakita meninggal dunia, bukan amal yang baik kita warisi sebaliknya rantaian dosa yang panjang hasil tulisan kita, entry blog kita, hasil fitnah kita, ataupun tulisan yang tidak mempunyai sumber dan asas yang kukuh menyebabkab masyarakat menerimanya sebagai fakta, serta telah mengahsilkan pecah belah dalam masyarakat.

Oleh itu perhalusilah setiap tulisan kita, biarlah niat kita yang utama adalah untuk berdakwah, mencari redha Allah swt sebagai visi dan objektif utama dalam menghasilkan setiap karya penulisan. Barulah ia memebri keberkatan serta pahala MLM yang berpanjangan sehingga hari akhirat insyallah.


Kita masih ada masa untuk memeperbetulkan kesilapan kita hasil penulisan kita yang lalu. Pintu taubat Allah swt sentiasa terbuka untuk kita. Betulkan semula niat kita. Sama-sama kita menghasilkan tulisan yang baik dan bermanfaat. Insyallah Allah swt akan janjikan ganjaran yang baik kepada kita.

Kita perlu mengambil pedoman, banyak ulama-ulama yang 'faqih' atau alim menghasilkan banyak penulisan tetapi tidak menerbitkannya dibimbangi tulisannya itu boleh mengelirkan masyarakat. Sampai begitu sekali penelitiannya. Bukanya menulis ikut suka hawa nafsu tanpa mengambilkira kesannya.

Semoga kita semua para wartawan,penulis dan blogger memberi perhatian kepada perkara ini. Pastikan penulisan bermanfaat kepada masyarakat. Jika ingin menegur sekalipun, biarlah dengan berhikmah, berkata-kata yang baik dan sedap didengar. Insyalah kita akan menjadi penulis, wartawan dan blogger di jalan Allah swt.

Selamat menulis

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...