nuffnang adv
lazada adv
Sunday, October 21, 2012
Anti biotik beracun.... kenapa tidak pakai Probiotik???
Berita eksluksif di muka hadapan Berita Harian hari ini 21 Okt 2012, Antibiotik Jadi Racun, secara umumnya memaklumkan kita bahawa penggunaan ubat antibiotik tanpa kawalan boleh menjadi racun dan merbahaya kepada kita.
Memang setiapkali kita atau anak demam berlarutan, doktor akan menyarankan antibiotik dalam peskripsi ubat. Mahu tak mahu kena dengar kata doktor.
Tetapi apabila direnung semula berita di atas, rupa-rupanya antibiotik yang kita makan selama ini adalah bukanlah ubat yang selamat. Secara amnya, ia akan membunuh semua bakteria yang ada dalam badan kita samada bakteri baik ataupun jahat. Sebenarnya tuhan telah jadikan tubuh manusia ini unik dan kompleks. Terdapat pelbagai bakteria samada di luar mahupun dalam perut kita yang membantu sistem pertahanan tubuh, penghadaman makanan serta lain-lain fungsi.
Dengan penggunaan antibiotik dalam badan boleh menyebabkan tubuh kita terdedah pada ancaman bakteria dan penyakit jika kita lalai.
Sebenarnya ada alternatif yang lebih berkesan yang kita lupa ia sebenarnya ada disekeliling kita yang mempu bertindak dengan baik dalam mengawal dan menguasai bakteria ini iaitu 'probiotik'. Kalau dalam sains pemakanan atau pertanian ada yang memanggilnya sebagai 'Mikrob yang efektif atau EM'.
Di Jepun, Korea dan Taiwan ia digunakan secara meluas sekali dalam kehidupan seharian terutama dalam merawat kesuburan tanah, tanaman organik, juga dalam industri akuakultur. Malah ia amat berkesan dalam menghilangkan bau yang tidak menyenangkan samada sisa proses ayam, ikan, tandas yang berbau dan macam-macam lagi.
Bagi rawatan kesihatan kita boleh mendapatkannya daripada susu kultur atau yogurt. Ini kerana untuk menghasilkan susu kultur atau yogurt, sememangnya EM ini adalah 'ibunya' atau sumber utama dalam proses menjadikannya ia baik untuk kesihatan.
Malah hospital swasta seperti Gleaneagles telah memasukkan menu 'susu kultur Yakult' sebagai menu diet wajib bagi pesakit kerana ia amat baik untuk perut kita selain daripada membantu penghadaman dan proses buang air besar dengan baik. Ia juga dapat membantu kia mengurangkan sakit cirit birit dan yang berkaitan.
Dan sehingga hari ini, blogger sendiri akan memastikan keluarga mendapat yogurt atau susu kultur sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Percayalah, disekeliling kita ini tuhan telah menjadikan alam ini amat kompleks dan berharmoni di antara satu dengan lain.
Kembali kepada alam semula jadi adalah yang TERBAIK.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment