nuffnang adv

lazada adv

Thursday, September 8, 2011

Mulai 15 September, Cukai Perkhidmatan 6% akan dikenakan ke atas pembelian prabayar, sim kad dan yang seumpamanya

Mulai 15 September ini, pengendali telekomunikasi akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% bagi sebarang urusan pembelian top up atau tambah nilai, pembelian sim kad dan yang berkaitan dengannya.

Nampaknya akan bising dan berdengunglah telinga apabila ia mula dilaksanakan kerana sebahagian besar pengguna top up adalah golongan bawahan dan pelajar. Walaupun nilai 6% adalah kecil tetapi ia akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah

Apa yang diharapkan adalah dengan terhasilnya pendapatan tambahan daripada cukai perkhidmatan 6%, ia akan memberi manfaat yang besar kepada pembangunan kemudahan komunikasi seperti liputan jalur lebar, ruangan data yang lebih baik serta pantas dan cekap yang dapat memberi kemudahan kepada semua bukan di bandar sahaja.

Aspek keselamatan sistem atau pelayan internet dan juga firewall terutama melibatkan kemudahan wifi percuma atau di tempat awam perlu ditingkatkan bagi meningkat kepercayaan pengguna dan integriti kemudahan itu sendiri.

Nampaknya, langkah-langkah berhemah perlu diambil bagi memastikan setiap nilai top up yang dibeli berbaloi dengan apa yang dipakai atau digunakan.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...