nuffnang adv

lazada adv

Friday, March 19, 2010

INFLASI ancaman yang senyap

kira-kira 30 tahun yang lalau, sepinggan nasi lemak berharga kurang daripada RM1. Hari ini ia telah naik sehingga RM3-4 sepinggan, jadi jangan terkejut jika anda perlu membayar RM10 nasi lemak sepinggan untuk dalam dekad yang akan datang!. Kenapa ini berlaku? inilah yang diakibatkan oleh INFLASI. Seperti kuasa kadar pulangan berganda, inflasi berganda boleh memberi kesan buruk pada taraf hidup kita sekiranya ia tidak diawasi.

APAKAH INFLASI?

Ia ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, dan ia juga diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan.
Sekira inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. dengan kata lain terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli anda. sebagai contoh, dari segi teori, secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu adalah 5%.

APAKAH SEBAB BERLAKU INFLASI?

1. Permintaan tinggi, bekalan rendah
Jikalau berlaku permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan terpaksa naik. juga dikenali sebagai inflasi tarikan-permintaan, ia biasanya berlaku apabila berlaku pertumbuhan ekonomi di mana ' terlalu banyak wang berbanding dengan barangan'.

2. peningkatan dalam kos pengeluaran
Apabila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat. ini akan mengakibatkan harga barang dinaikkan bagi mengekalkan margin keuntungan. keadaan ini juga berlaku apabila ada tuntutan pekerja meminta kenaikan gaji yang lebih tinggi kerana selalunya kos akan dipindahkan kepada pengguna.

Apakah Kesan-kesan Inflasi??

Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunannya masih rendah. namun begitu ia boleh menjadi krisis jika berlaku peningkatan yang tinggi daripada biasa dan boleh memberi kesan kepada ekonomi dan pengguna iaitu kita. Kesan yang paling nyata ialaha ia menjejaskan dan mengurangkan kuasa membeli kita.Kita akan dapati harga produk dan perkhidmatan akan meningkat dan kos untuk pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah asas (BLR) juga turut meningkat.

Kesan yang paling besar akan kita rasai adalah wang simpanan kita akan susut nilai dan kuasa beli kerana kesan inflasi:

contoh:

Pulangan daripada pelaburan 8% setahun
kadar inflasi 4%
Keuntungan sebenar 4% sahaja

Bagaimana Untuk Mengatasi Inflasi

Berikut adalah beberapa cara dan cadangan untuk mengurangkan kesan inflasi

  • Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan anda
Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangka masa panjang, pilihan terbaik adalah mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi.Ekuiti-ekuiti dan dana ekuiti serta saham-saham yang memberi dividen yang tingi harus dipertimbangkan kerana ia boleh mengurangkan kesan inflasi.

  • Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan anda
Kepelbagaian potfolio yang seimbang dalam saham-saham, bon-bon atau sekuriti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan terhadap inflasi. kepelbagaian ini akan meminimakan risiko pelaburan dan simpanan kita samada dalam pasarn menaik mahupun menurun.

  • Mengurangkan pegangan wang tunai yang banyak
Walaupun anda mendapat kecairan dengan wang tunai ditangan, atau menyimpannya di simpanan tetap, wang tersebut akan kurang nilainya melalui inflasi. sebaliknya ianya patut dilabur dalam potfolio seimbang (60% ekuiti dan 40% bon) bagi mendapat pulangan yang baik dalam tenpoh sederhana dan panjang dan secara langsung mengurangkan kesan inflasi terhadap nilai wang kita.

  • Melabur dalam sektor-sektor yang berdaya tahan
Dalam keadaan pasaran saham yang tidak menentu, pelabur boleh melabur dalam sektor yang berdaya tahan dan teguh serta saham-saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi. Sektor-sektor ini seperti telekomunikasi, utiliti, dan pengangkutan. Emas juga diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.

  • Menguruskan Hutang anda
Mengurangkan hutang anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar faedah menaik seiring dengan kenaikan inflasi. anda sepatutnya membayar faedah yang paling tinggi dengan secepat mungkin, terutamanya apabila kadar faedah sedang meningkat.

"INFLASI ADALAH PERCUKAIAN TANPA PERUNDANGAN"Milton friedman

Di susun oleh:
Editor
Sumber:
Public Mutual Berhad

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...