nuffnang adv

lazada adv

Saturday, May 25, 2013

Arsenal Pujuk Rooney?



ARSENAL dikatakan sedia membuat tawaran lumayan bagi mendapatkan khidmat Wayne Rooney secara pinjaman dari Manchester United.

Rooney, 27, turut diintai Paris Saint-Germain (PSG), Monaco dan Chelsea dikatakan bersedia meninggalkan Old Trafford.

Khabar angin itu dikuatkan lagi apabila penyerang itu dikatakan mempunyai hubungan dingin dengan pengurus baru United, David Moyes.

Sekiranya perpindahan itu menjadi kenyataan, Rooney bakal menjadi penerima gaji tertinggi di Emirates dengan jumlah gaji mencecah £200,000 (RM918,000) seminggu.

-sinar harian

Binaan Lego Terbesar


BINAAN pesawat angkasa X-Wing ini sememangnya akan membuatkan peminat siri sains fiksyen, Star Wars teruja.

Model Lego terbesar dihasilkan daripada 5,335,200 keping set itu dipamerkan di Times Square selama tiga hari bermula kelmarin, selepas ia tiba dari Kladno, Republik Czech.

Seramai 32 pakar Lego bekerjasama dan mengambil masa selama 17,000 jam untuk membina replika 42 kali ganda lebih besar dari model Lego X-Wing 9493 yang berada di pasaran pada harga AS$60 (RM182).

Pengunjung juga boleh duduk di dalam model berukuran tiga meter (m) tinggi dan 13 m panjang itu untuk merasai pengalaman seperti berada dalam pesawat angkasa sebenar.

Pengarah Hubungan Jenama Lego, Michael McNally memberitahu ia direka dengan teliti dan turut mempunyai struktur logam dalaman untuk menyokong struktur tersebut. 

"Pakar kami selalu menguji kemahiran kreatif mereka untuk membina replika seperti saiz sebenar sesuatu objek itu," jelasnya lagi.       

Difahamkan, kokpit pesawat itu juga dilengkapi gerai untuk mengambil gambar selain terdapat pelbagai kesan bunyi untuk menarik perhatian pengunjung terutamanya kanak-kanak dipetik daripada laporan MailOnline.

-Sinar Harian

Bayern Munich Juara Liaga Juara-Juara Eropah musim 2013


LONDON: Jaringan minit terakhir pemain sayap lincah Bayern Munich, Arjen Robben membantu pasukannya menewaskan Borussia Dortmund 2-1 pada perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim 2013, awal pagi tadi. 

Perlawanan akhir antara dua kelab Jerman yang berlangsung di Stadium Wembley itu menyaksikan masing-masing saling berbalas serangan sebaik saja wisel perlawanan dibunyikan. 
Pada minit ke-60, Mario Mandzukic meletakkan Bayern Munich di hadapan sebelum Ilkay Gundogan menyempurnakan sepakan penalti Dortmund pada minit ke-67. 


Bagaimanapun, pada minit ke-89, barisan pertahanan Dortmund gagal menghalang kemaraan Robben apabila dengan tenang menjaringkan gol kemenangan Bayern Munich seterusnya membantu gergasi bola sepak Bundesliga itu menutup tirai musim ini dengan menjulang piala berprestij eropah itu.

-Berita Harian

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...