SAYA BUAT, SAYA TANGGUNG!
( tulis panjang skit, ada masa baca. Takde masa scroll down saja cepat2)
BRIM & SSM
Kerana posting sy ini kemarin ( 7 Ogos), ramai yg msg sy memberi
ingatan dan mencadangkan sy padam. Ada juga yg menghantar fakta2 utk
memperbetulkan tanggapan salah saya. Ada antara mereka yg sngt2 senior
dalam politik Terengganu. Ada yg smp memperli sy dgn kata2;
" ikut yb lah doh yb bijak pandai".
" demo ni wakil rakyat kerajaan...knp tulis gitu?"
" akaun fb demo kena hack ke?"
Sy memaklumkan bahawa sy sendiri yg menulis posting tersebut dan sy
bertanggung jawab atas apa yg saya tulis. Saya buat, saya tanggung!
Sy ucapkan terima kasih. Mungkin juga mereka bimbang masa depan hayat
politik sy jika terlalu keras memberi pandangan. Oleh krn sy menulis di
media ini..maka sy memilih utk menjawab disini juga.
Sy tidak
menafikan kebenaran fakta mereka. Tapi HAKIKAT nya rakyat tidak senang
dgn apa yg berlaku sekarang. Sy ulang , rakyat rasa tidak senang dgn apa
yg berlaku skrg dlm mslh BRIM. Ini juga satu fakta. Sy tidak menulis
jika sy tiada bukti. Ramai yg mengadu permohonan mereka di tolak kerana
SSM. Di ruangan komen posting sy ramai juga yg menyatakan mslh mereka
dan menunjukkan bukti.
Bahkan kemarin, ketika sy sedang berjln
di hadapan dereta kedai di bandar Jerteh seorg kwn menyapa.. lalu
berkata " mujur kawe jumpa demo..kawe nak luah rasa tak puas hati psl
apa BRIM kawe tak lulus" lalu mengeluarkan kertas cetakan status
permohonan beliau. Sy menatapnya dgn sayu dan mulut terkunci... bukan
krn sy tiada jwpn.. sy pun faham mslh sebenar...sy pilih utk tidak jwb
krn sy tau jwpn FAKTA sy itu hnya akan lebih memanaskan beliau. Sy
berlalu sambil menepuk bahu seraya berpesan..." sabar lah
dulu..Insyallah ada rezeki demo".
Rakyat faham FAKTA, rakyat
faham PROSEDUR. Jgn kata mereka tak faham. Yg rakyat dan saya sndiri tak
faham ialah...knp akhir2 ini terlalu banyak halangan2 utk rakyat
mendapatkan bantuan yg mereka layak dpt? Knp di kenakan pelbagai syarat
yg menjerut mereka. Dan syarat2 tu oula sekajap begitu sekejao begini.
Sekaali di tolak..sekali disuruh rayuan pula.
Adakah pihak
atasan tau...ramai kalangan rakyat menunggu BRIM ni masuk ke akaun
mereka seperti kita ghairah menunggu pengumuman bonus kaki tangan
kerajaan. Betapa besarnya makna BRIM kpd mereka.
Dan....byg kan
betapa hampa nya mereka setelah berulang kali menyemak ada ke tidak duit
dlm akaun..tiba2 menerima jawapan PERMOHONAN ANDA DI TOLAK. Ada yg
memohon dr tahun lepas, di jawab " DALAM PROSES"...tapi sampai sudah tak
dapat tanpa di berikan alasan konkrit sedangkan beliau layak( sila
rujuk ruangan komen di posting saya)
PERMUDAHKAN kan urusan
rakyat. INSYALLAH akan di permudahkan urusan pemimpin. Jgn biarkan
mereka keliru dgn mcm2 syarat dan alasan. Jgn pula jadikan mereka spt
peminta sedekah yg terpaksa merayu2 utk mendapatkan bantuan. RAIKAN lah
pandangan rakyat. Jika kita benar2 mahu membantu...
AKHIR nya; berbalik kpd soalan kwn2 berkaitan " hayat politik " dan " sebagai wakil rakyat kerajaan" ini jawapan saya;
Gelaran Wakil Kerajaan terpakai ketika DEWAN UNDANGAN NEGERI bersidang,
atau dlm mana2 keadaan yg sy mesti pertahankan kerajaan apabila
berdepan dengan pembangkang. Matian2 saya akan pertahankan kerajaan.
Gelaran Wakil Rakyat ialah kerana sy mewakili rakyat. Mereka memilih
saya secara sah. Apabila mereka bersuara, saya WAJIB menyampaikan suara
mereka kpd org atas. Walau pun betul di mata kerajaan, tetapi tidak di
mata dan hati rakyat...maka saya memilih utk bersama rakyat. Kerana saya
adalah " WAKIL RAKYAT".
SALAH KAH SAYA MEMBAWA SUARA RAKYAT?
admin: juga kagum dengan Yb yang sentiasa menyuarakan suara rakyat dari bawah agar sesuatu isu atau masalah dapat diselesaikan dan ditambah baik. Bukan sokong semata-mata sokong.
Menyampaikan hasrat rakyat yang memilih YB adalah lebih mulia berbanding mempertahankan karier politik pada masa hadapan.