Assalamualaikum,
Pihak admin ingin memohon maaf kerana seminggu ini cukup sibuk dengan tugasan di Kejohanan Ping Pong MILO Remaja Kebangsaan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu 5 hingga 8 Jun 2013 yang berakhir semalam.
Sebenarnya ada juga niat untuk membuat liputan kejohanan tersebut di blog ini, tetapi kesempatan masa tidak mengizinkan kerana seawal jam 7.30 pagi sudah memulakan tugas dan berakhir jam 10.00 atau 11.00 malam setiap hari. Apapun insyalah admin akan menyiarkan berita dan maklumat berkaitan dengan kejohanan tersebut di blog ini nanti.
sekian terima kasih
admin
budakkg setiu. blogspot.com
nuffnang adv
lazada adv
Saturday, June 8, 2013
Sunday, June 2, 2013
Rahsia UFO didedah
LONDON - Maklumat rahsia siasatan termasuk 25 fail taklimat mengenai kewujudan objek terbang tidak dikenali (UFO) sejak 2009 didedahkan oleh arkib Britain.
Bagaimanapun, pendedahan itu mencetuskan kemarahan pegawai penyiasat UFO yang bernaung di bawah Kementerian Pertahanan kerana menganggapnya sebagai maklumat sulit kerajaan.
Mereka berkata, segala maklumat sulit itu dianggap rahsia fiksyen sains berprofil tinggi yang tidak sepatutnya diketahui umum.
Pendedahan rahsia itu terkandung di dalam buku 'Fail-fail UFO', hasil nukilan Pensyarah Universiti Sheffield Hallam, David Clarke.
Antara kisah didedahkan adalah penemuan UFO di atas stadium kelab bola sepak Chelsea, Stamford Bridge pada tahun 1999 dan seorang pemilik hotel di Wales menemui kapal UFO bersama makhluk asing sedang melakukan kerja-kerja mengukur di sebuah kawasan padang.
-sinar harian
Asteroid gergasi melintas bumi
![]() |
| Imej pertama radar menunjukkan asteroid 1998 QE2 bersama bulannya berkedudukan kira-kira 6 juta km dari bumi. |
Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa), Paul Chodas berkata, satu siri imej asteroid dinamakan 1998 QE2 berjaya dirakam menggunakan sejenis antena Rangkaian Angkasa Luas di Goldstone, California, Amerika Syarikat.
"Antena menunjukkan asteroid 1998 QE2 merupakan sejenis perduaan. Malah paling menarik ia memiliki bulan sendiri," kata Paul.
![]() |
| Kedudukan batu angkasa gergasi sewaktu melintas bumi. |
Batu angkasa lepas yang dijumpai projek MIT’s Lincoln Near Earth Asteroid Research (LINEAR) pada 19 Ogos 1998, bersaiz sembilan kali ganda lebih besar daripada sebuah kapal persiaran Queen Elizabeth II atau berdiameter 2.7 kilometer (km).
Namun, 1998 QE2 disahkan tidak mengundang bahaya kepada manusia sewaktu melintas bumi.
"Ia mendekati bumi pada pukul 4.59 waktu tempatan dan dijangka berkedudukan selamat daripada sebarang hentaman dengan bumi sekurang-kurangnya pada jarak 5.8 juta km," katanya.
Paul berkata, sejurus menjauhi matahari, 1998 QE2 akan berpatah balik ke luar lingkaran asteroid di orbit yang berhampiran dengan planet musytari.
Bagaimanapun, saintis meramalkan kejadian ini akan berulang 200 tahun akan datang selain 1998 QE2 akan berkedudukan lebih rapat lagi dengan bumi.
- Reuters
Subscribe to:
Posts (Atom)


