nuffnang adv

lazada adv

Monday, February 7, 2011

Demam Maher Zain melanda lagi...

Begitu kuat sekali pengaruh penyanyi nasyid berasal dari Lubnan dan kini menetap di Sweden iaitu Maher Zain. Beliau akan datang sekali lagi ke Stadium Melawati untuk menghiburkan peminatnya yang cukup ramai di Malaysia.

Persembahan kali ini juga cukup menarik dengan sebuah lagu iaitu 'Inshaallah' akan dinyanyikan dalam Bahasa Melayu. Lagu ini juga telah dinyanyikan dalam banyak bahasa lain juga seperti Perancis dan lain-lain bahasa.

Di sini blogger sertakan link untuk mendapatkan atau mendengar lagu 'Inshallah' dalam versi Bahasa Melayu.



Download this mp3 from Beemp3.com
atau terus klik di laman ini http://beemp3.com/download.php?file=9374949&song=

Nampaknya anak-anak blogger juga turut terpengaruh meminati lagu-lagu Maher Zain seperti The Rest Of my Life, Barakallah, The Choosen One dan lain-lain.

Sebenarnya lagu-lagu sebegini yang sarat dengan mesej yang positif amat baik dalam terapi minda bagi mengecas semula segala kekusutan atau stress kerja.

Kita juga berharap agar karyawan-karyawan seni kita juga terus memerah otak untuk menghasilkan karya-karya yang setanding dan lebih hebat dari lagu-lagu Maher Zain dan juga dapat dinyayikan oleh Maher Zain bagi meneroka dan berdakwah diperingkat antarabangsa.

Wednesday, February 2, 2011

Konon-kononnya Dinner Ala western

Inilah Roti di Subway.. kira diaet yang baik dengan sayuran yang banyak
Semasa ke Times Square semasa ada urusan di Kuala Lumpur tempohari, sempat nyinggah di situ sambil intai untuk makan apa petang itu, waktu dah 6.30 petang. Sambil merayau mencari apa yang ingin disantap. Kalau boleh nak cari makanan yang tak ada kat Terengganu.

Setelah dua tiga kali melilau kawasan medan selera serta outlet-outlet yang ada di situ, akhirnya outlet Subway yang dipilih. Kata hati kita cuba ala western kali ini.

Pilihlah blogger roti bersama slice grill beef serta aksesorinya dengan salad, bawang, lettuce, zaitun, capsicum serta bbq sos dan thousand island sos. Nampak macam sedap jugak dengan sepetong cheese kat atasnya.

Tengok pada makanan tu rasanya inilah dinner aku malam ini.
Blogger makan dengan berselera sekali. Hiasan kedai walaupun simple dan ringkas namun tetap menarik.

Beginilah dinner aku hari tu


Hiasan dan dekorasi simple tapi menarik

ala western untuk perut Melayuku

Tuesday, February 1, 2011

Pengkalan Kubur, Kelantan.. tak pernah sunyi pengunjung

Baru-baru ini semasa blogger menerima satu jemputan kenduri saudara di Tumpat, terus mengambil peluang untuk mengunjungi pusat beli belah yang memang terkenal di Pantai Timur iaitu Pengkalan Kubur.

Walaupun tidak sehebat Mid Valley atau Times Square, tetapi ia sentiasa penuh dengan pengunjung dan masing-masing kelabu  dan rambang mata untuk memilih barangan di sini.

Daripada kelengkapan dapur seperti periuk belanga, set pinggan mangkuk, pakaian, kain baju, mainan kanak, beras siam, buah-buahan, pendek kata kompleks bebas cukai ini sentiasa menjadi tumpuan kunjungan apatah lagi menjelang hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum.

Kompleks yang telah banyak mengalami pembaharuan dan naik taraf ini, kini lebih selesa untuk dikunjungi dengan tahap kebersihan telah jauh lebih baik dari  keadaan suatu ketika dahulu.

Para pengunjung dilihat terdiri dari bukan sahaja warga tempatan, malah dari seluruh pelusuk negara. Bandar atau pekan Pengkalan Kubur ini yang bersempadan dengan negara Thailand tidak akan sunyi dari pengunjung dan barangan terutama daripada Thailand yang lebih murah berbanding barangan tempatan tetap akan menjadi  pilihan pengunjung yang berkunjung ke sini.

Anda boleh berkunjung ke sini samada melalui bandar Tumpat ataupun melalui Wakaf Baru ke Cabang Emapat, Tumpat dari Bandar Kota Bharu.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...