nuffnang adv

lazada adv

Friday, May 30, 2014

MH370: Grand Finale - daripada Blog dramaraja blogspot




*Artikel ini ditulis berdasarkan penelitian dan juga pemerhatian oleh Brado Kapak sendiri danteam members nya selama lebih 40 hari. Sila baca dengan tenang untuk mengelakkan anda menjadi keliru. Ini artikel terakhir berkenaan MH370 oleh Brado Kapak. Sekiranya ia tepat, maka ia hanya kebetulan sahaja. Sekiranya ia tidak benar, maka ia berpunca dari kelemahan kami menganalisa dan meneliti. Bacalah dengan hati yang terbuka....

1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat kepunyaan MAS Airlines, Boeing 777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar. Pesawat ini disahkan hilang oleh menara kawalan pada sekitar jam 8 pagi hari yang sama sedangkan ping radar terakhir yang dikesan adalah pada jam 2.37 pagi waktu Malaysia.

2. MH370 menghantar isyarat komunikasi kepada Air Traffic Control (ATC) menara kawalan di KLIA ialah pada jam 1.19 pagi waktu Malaysia. Sila rujuk gambar ini. Manakala MH370 telahpun melakukan 'handshake' dengan Vietnam melalui Immarsat dan menghubungi menara kawalan udara bandar Ho Chi Minh City adalah pada sekitar jam 1.16 pagi waktu Malaysia. Ketika itu MH370 sedang memasuki perairan Vietnam.

3. Itu adalah laporan terakhir MH370 yang berjaya dicatatkan dalam mana-mana media antarabangsa. Selepas itu tiada lagi laporan isyarat komunikasi antara MH370 dengan mana-mana menara kawalan udara atau dengan mana-mana radar. Hanya ping radar terakhir yang berjaya dikesan adalah sekitar jam 2.37 pagi sahaja. Rujuk gambar ini untuk melihat data radar terakhir pesawat. Abaikan kesilapan PM dan AM yang tertera pada gambar tersebut. Artikel initelah mengesahkan bahawa komunikasi radar terakhir dengan MH370 adalah sekitar jam 2.30 ke atas, iaitu lebih kurang jam 2.40 atau 2.50 pagi waktu Malaysia.

4. Sekitar jam 2.50 pagi waktu Malaysia, MH370 sudah tidak lagi menghantar ping kepada radar dan data radar mengesahkan bahawa pesawat telah turun menjunah kepada satu ketinggian yang tidak dapat dikesan radar.

5. Saya sifatkan sebenarnya, pada ketika itulah MH370 sudahpun jatuh tenggelam ke dasar lautan. Iaitu kira-kira beberapa minit sebelum jam 3 pagi.

6. Satu letupan kecil telahpun berlaku diudara yang mengakibatkan kokpit pesawat terputus hubungan dengan mana-mana menara radar terdekat dan kesemua sambungan elektronik dalam badan pesawat terputus. Rujuk artikel ini dan ini.

7. Saya tidak tahu bagaimana letupan itu terjadi dan mengapa pesawat masih terus terbang dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas. Perlu diingatkan, kesemua pesawat Boeing sebenarnya mempunyai satu sistem kawalan jarak jauh yang boleh dikawal oleh pusat kawalan pesawat Boeing

Wednesday, May 28, 2014

Resepi KUAH YONG TAU FOO



Hari ini admin rasa nak tukar 'channel' sikit dengan mengkongsi resepi KUAH YONG TAU FO yang selalu kita beli kat medan selera atau pasar malam. Boleh lah cuba cuba buat sendiri dalam perancangan mengatasi krisis ekonomi rumahtangga yang sedang  emningkat sekarang. Resepi ini admin dapat dari rakan di Facebook. Terima kasih kawan-kawan,


Kuah hitam

2 sd mkn taucu
2 sd mkn tpg jgung
2 sd mkn tpg gndum
3 sd mkn kicap pkat
3 sd mkn sos tiram
4-5 sd mkn gula
3 cwn air
Masukan semua dlm blender.. blender bgi taucu halus... pas tu masak bgi mendidih sekejap..
Kuah merah

1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
1 sd mkn tpg gndum
1 sd mkn tpg jgung
4- 5 sd mkn gula
3 cwn air
1/4 sd mkn garam
Blender semua bhn kt atas bgi kcang halus..
3 sd mkn cili blend
Panaskan sikit myak... tumis 2 bj bwang putih ketuk.. letak 3 sd mkn cili blend.. tggu kering.. masukan semua bhn dlm blender tdi.. mask sekejap bgi kuah agak pekat.. dlm 5 mnt..
Setelah siap bolehlah dimakan dengan pelbagai bebola, sosej, dan macam-macam lagi seumpamanya dan boleh dimakan bersama keluarga.

Sunday, May 25, 2014

Tony Fernandes celebrates QPR’s RM733 million goal

Tony Fernandes celebrates QPR’s RM733 million goal

Tan Sri Tony Fernandes was beside himself with joy last night after Bobby Zamora scored the £134 million (RM733 million) goal, which lifted Queens Park Rangers into the Premier League next season.
The AirAsia boss tweeted: “What a day. What a day”, as he posed with the playoff trophy after QPR defeated Derby County 1-0 at Wembley.
The 2014 SkyBet Championship playoff final between Derby County and QPR last night had been billed as the most lucrative single match in football, including global sport.
The Daily Mail had reported that the game would be worth a conservative £134 million to the winner.
"The £134 million is made up of cash for finishing bottom of the Premier League next season (£62m) plus estimated parachute payments over four years (£72m)," it said.
The paper reported that the parachute payments would likely be bigger as the next Premier League TV deal from 2016 to 2019, on which the payments will partly be based, was expected to grow.
At Wembley, Fernandes saw his team dominated by young and energetic opponents for 89 minutes and 50 seconds, according to the Daily Mail.
However, QPR and 33-year-old Zamora needed just one late glimpse of the goal to separate the men from the boys.
"Ageing, written off, derided, it just had to be Zamora who scored the winning goal which took QPR back into England's top flight and saved them from financial ruin."
Derby County captain Richard Keogh mistimed a clearance straight to Zamora and he returned it in a flash into the top corner of the net, the Mail said.
It said QPR manager Harry Redknapp was besieged on the touchline while owner Fernandes looked as if he had just escaped a heart attack.
With 10 seconds left, QPR were back in the game, despite playing most of the second-half with only 10 men following Gary O’Neil’s red card.
For two years, QPR and Fernandes had been on the receiving end of criticism as the squad were paid more than Atletico Madrid but relegated and then failed to ignite the Championship.
With QPR reporting a loss of £65 million in their latest financial report, the club needed the result to go their way.
There were scenes of joy on and off the pitch when the final whistle blew, with Fernandes carried by Joey Barton around the Wembley turf.
Following the match, Fernandes tweeted: “Happy gila” with a picture of QPR players lifting the SkyBet Championship playoff trophy aloft.
Fernandes's next task is to fight the prospect of a £50 million fine which QPR has been slapped with for breaching financial fair play rules, incurred after the club registered a £65.4million loss for the year-ending May 2013.
Under the rules, clubs are only entitled to make an £8million loss per season.
@yahoo news

Friday, May 23, 2014

Isu GST: Siapa Untung Siapa Rugi

Dari kiri - Moderator Prof Madya Dr Shaharuddin, Rafizi, Nur Jazlan, Muhammad Sha’ani dan Prof Dr Faridah membahaskan topik yang diketengahkan dalam sidang Wacana Sinar Harian bertajuk
GST: Siapa Untung Siapa Rugi.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet tahun lalu telah mengumumkan yang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April 2014. Susulan pengumuman tersebut, banyak pihak menyifatkan perlaksanaan cukai itu akan membebankan rakyat.

Bagaimanapun, GST telah diakui oleh 160 negara yang mengamalkan bahawa sistem tersebut adalah lebih baik berbanding cukai yang lain. Bagi mengupas sejauh mana keberkesanan GST dan sama ada akan membebankan rakyat, ikuti laporan Wacana Sinar Harian bertajuk, GST: Siapa Untung Siapa Rugi.

Wacana ini membariskan empat orang panel iaitu Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof  Dr Faridah Hassan, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha’ni Abdullah dan moderatornya, pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Terknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.
 
Moderator:  Sebagai permulaan apakah yang boleh dihuraikan mengenai GST?

Prof  Dr Faridah Hassan

Pertama sekali kita perlu fahami maksud GST, iaitu cukai barangan dan perkhidmatan di mana jika diambil dari sudut lain ini cukai kepenggunaan. Cukai untuk rakyat kepada rakyat oleh rakyat. Bila bercakap mengenai cukai banyak tapisan daripada pengusaha kepada pengeluar, pemborong sehingga peruncit.

Dari sudut kebaikan cukai GST ini satu untuk semua, dan akan dilaksanakan 1 April 2015. Maka waktu itu cukai sebelum SST akan dimansuhkan buat masa ini, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 16 peratus dan GST dalam percaturan akan dikenakan enam peratus.

Hanya Brunei, Malaysia dan Myanmar belum laksanakan GST. Brunei mungkin tidak akan laksanakan Myanmar dalam kajian perlaksanaan. Tetapi negara jiran yang lain seperti Indonesia dan Singapura sudah lama memperkenalkan GST. Singapura telah mulakan GST secara berperingkat daripada tahun 1997 dengan tiga peratus kini telah menjadi tujuh peratus.

Pengetahuan secara berperingkat ini dibuat supaya rakyat dapat memahami dan tidak menyebabkan kekeliruan serta kebimbangan rakyat. GST bukan cukai baru, sudah 160 negara dari lima benua telah melaksanakannya.

Jumlah enam peratus adalah antara terendah berbanding negara Asean yang lain seperti Jepun, Taiwan. Negara lebih maju seperti Norway mengenakan cukai sebanyak 25 peratus, Afrika 40 peratus Turkmenistan kini hampir 40 peratus dan negara Eropah juga telah hampir 20 peratus.

Apa yang perlu difahami ketika ini adalah bagaimana proses itu bermula pengeluar sehingga ke peruncit. Mereka perlu mengisytiharkan cukai tersebut mengikut kehendak yang akan dilaksanakan. Dari segi pendidikan perlu ditingkatkan dan diulangi kerana tidak mencukupi untuk rakyat fahami dengan hanya sekali penerangan, perlu difahamkan mengenai kebaikan jangka panjang oleh rakyat.

Apabila GST dilaksanakan tahun depan, 10 peratus barangan dan perkhidmatan sahaja akan berlaku kenaikan harga, manakala 40 peratus pula harga turun dan 50 peratus lain pula kekal.

Sebagai seorang pendidik saya rasa banyak kajian perlu dilakukan ke atas rakyat kerana rakyat lebih tahu apa yang perlu di cukai dan dikecualikan.


Moderator: GST bukan cukai baru dan sudah pasti kajian perlu dilakukan dan sepatutnya sudah dilakukan 10 tahun yang lalu. Kenapa tuan mengatakan GST itu hanya memberikan satu peratus keuntungan tetapi 99 peratus merugikan rakyat, adakah itu benar atau hanya diperbesarkan PR?



Rafizi Ramli

Gambaran bahawa cukai jualan dan perkhidmatan (SST)   adalah 16 peratus adalah salah, kerana cukai jualan adalah 10 peratus dan enam peratus adalah perkhidmatan. Cukai barangan itu hanya dikenakan barangan yang dikeluarkan daripada kilang

SST dan GST tidak sama, SST dikenakan kepada pengeluar produk antara 10 peratus atau enam peratus, bukan 16 peratus. Ia diulang-ulang seolah-olah berlaku penurunan cukai yang tinggi, itu tidak betul.

Thursday, May 22, 2014

Isu Tariff TNB: Ani Arope dedah rancangan ‘black out’ 1992 untuk wujudkan IPP


Ani Arope

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Tan Sri Ani Arope  mendedahkan perancangan ‘Black Out’ seluruh negara pada tahun 1992 yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.
Perkara itu dinyatakan dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat yang menceritakan permulaan IPP, di mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.
“TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji.
“Tetapi kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini mengenai apa yang berlaku pada tahun 1992.
Katanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out  disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.
Menurut Ani, selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.
Katanya, tiada rundingan dilakukan dan perjanjian itu menyebabkan 20 juta pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.
“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” katanya yang  terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu. Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.
Berdasarkan laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.
Subsidi itu menyebabkan kontroversi kerana lebih 40% daripada lebihan kapasiti yang dijana setiap tahun adalah sia-sia kerana Malaysia tidak memiliki teknologi menyimpan bekalan.
“Dengan fasal ambil-atau-bayar dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, seseorang hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan seseorang dan dibayar 80 peratus daripada kapasiti yang dipersetujui. Syabas EPU – Unit merampas Ekonomi,” tambah Ani Arope dalam statusnya di Facebook.
PPA menyebabkan saham TNB jatuh menjunam daripada 20 sen pada tahun 1993 berkurangan kepada 10 sen pada tahun 1994. TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.
Syarikat pengeluar tenaga yang telah mendapat kadar keuntungan sehingga berbillion ringgit adalah Genting Sanyen Power Sdn. Bhd, Powertek Berhad, Segari Energy Ventures Sdn. Bhd SEV 2nd, YTL Power Generation Sdn. Bhd, ARL Tenaga Sdn. Bhd, TNB Janamanjung Sdn. Bhd, Teknologi Tenaga Perlis Konsortium Sdn. Bhd, Prai Power Sdn. Bhd, GB3 Sdn. Bhd dan Tanjung Bin Sdn. Bhd.
@: http://www.keadilandaily.com/
admin: Kerajaan perlu mengkaji semula dasar IPP, sebanyak RM8 bilion telah dibelanjakan bagi menanggung subsidi bahan api dan dalam masa yang sama rakyat atau pengguna turut dikenakan surcaj tambahan bahanapi dalam bil TNB. Perkorporatan asal TNB adalah bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan memberi keuntungan kepada rakyat. Jika ia memberi kesan sebaliknya, kerajaan perlu berbuat sesuatu kerana ia adalah kemudahan asas bagi rakyat bagi menikmati kemudahan. Begitu juga dengan pengecualian solar panel bagi meluaskan lagi sumber penjanaan tenaga secara individu dan dapat dibeli oleh TNB dan dapat memberi keuntungan jangka panjang dalam penjanaan tenaga negara.

Tuesday, May 13, 2014

Kemelut Politik Terengganu dan Panglima Khalid AL Walid



Apabila membaca dan meneliti berita dan peristiwa pergolakan politik dan kepimpinan UMNO di negeri Terengganu, teringat akan kisah sahabat Rasulullah saw yang merupakan antara Panglima Perang Khalid Al Walid atau di digelar Singa Allah yang menerima watikah pelucutan kuasa daripada Amirul Mukminin Umar Al Khattab semasa di medan peperangan dan menyerahkan segera kuasa kepada Panglima yang baru dan lebih muda kepada Saad Bin Abi Waqas (kalau tak silap).

Sebagai seorang yang bertaqwa dan hormat dan patuh pada khalifah, dengan tenang Khalid Al Walid menyerahkan tampuk kuasa kepada pimpinan yang baru walaupun ia mengejutkan semua pihak, apatah lagi Panglima Khalid adalah seorang yang amat disegani dan merupakan pakar dalam strategi peperangan.

Jika Khalid Al Walid ingin membantah dan membuat pusingan U, tentunya boleh apatah lagi jarak  medan peperangan adalah jauh dari pusat pemerintahan, ataupun peluang untuk memohon penangguhan sehingga habis peperangan pun boleh dibuat kepada Amirul Mukminin, kerana dalam keadaan dan situasi perang, tentunya ia sesuatu keputusan yang sukar, namun begitulah sifat seorang panglima yang berjiwa besar, sanggup menurunkan kuasa dan darjat dan sama-sama berjuang bersama panglima yang baru dalam berjihad dan seterusnya merakamkan kemenangan.


Tentunya suasana dimedan perang itu lebih sukar berbanding dengan keadaan sekarang dalam menerima sesuatu keputusan yang besar. Apabila taqwa dan keimanan diletakkan dihadapan mahupun kepentingan umum dan rakyat didahulukan, tentunya ia proses peralihan ini akan berjalan dengan baik dan harmoni.

Begitu juga, jika mendahulukan akal berbanding emosi, ia akan memberi keputusan yang berbeza apatah lagi keputusan yang boleh memberi kesan kepada rakyat dan negeri.

Apakan kita sama doakan agar Datuk Seri Ahmad Bin Said diberi fikiran yang tenang dan dapat membuat keputusan yang terbaik dan dapat mengharmonikan semula suasana.


Juga tahniah kepada Dato Razif Abd Rahman di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru agar dapat membawa Terengganu Darul Iman ke legasi pemerintahan yang baru dan lebih baik serta dapat berlaku adil dan saksama kepada kawan mahupun lawan. Insyallah.

Sunday, May 11, 2014

Pompei dan Laut Mati, 'HADIAH' Allah swt kepada LGBT

Kesan bala Pompei yang boleh dilihat hari ini

'HADIAH' Allah swt yang terbesar kepada pencinta LGBT atau Lesbian, Gay, Bisexual mahupun Transexual adalah peristiwa POMPEI di Itali dan Laut Mati yang meneggelamkan Kaum Sodom di Jordan-Israel.

Laut Mati

Ini adalah bukti jelas dan benar terhadap pelanggaran aktiviti seksual yang melanggari batas-batas kemanusiaan yang mengundang murka Allah swt.

Peristiwa Pompei di mana bala Allah terhdap perlakuan bebas sehingga anak kecil pun menjadi mangsa sexual, malah suasana telah menjadi berkecamuk diantara hubungan lelaki, wanita, suami, isteri, anak kecil dan binatang sudah tiada batas dan menjadi maksiat secara terang-terangan. Bukti jelas Allah swt telah datangkan dengan bencana Gunung berapi yang hebat dan manusia telah menjadi batu dan ada yang dalam keadaan yang mengaibkan malah boleh dilihat pada hari ini.

beginilah keadaan apabila datang, bukti untuk pedoman manusia hari ini

Manusia menjadi batu sebagai ingatan dan pengajaran

Manakala satu lagi bukti yang jelas dan benar adalah Allah swt timpakan pada kaum Sodom iaitu Kaum Nabi Lut as di mana Allah swt telah terbalikkan muka bumi yang kini dikenali sebaai Laut Mati di Jordan -Israel. Malah tempat ini juga adalah kawasan paling rendah di atas muka bumi di mana ia terletak lebihkurang 400+- meter di bawah paras laut. Bukti tempat paling rendah ini Allah swt telah rakamkan dalam awal Surah Ar Rum di mana Tentera Rom telah tewas kepada Tentera Islam dalam peperangan di tempat yang rendah di dunia.

Laut Mati , kisahnya dirakam dalam AL Quran


Tempat paling rendah di muka bumi 416 meter di bawah aras laut

Laut Mati juga antara laut yang paling aneh di mana ia mengandungi kandungan garam yang pekat dan pahit malah manusia boleh terapung di atas permukaan laut. Tiada hidupan laut yang dapat hidup di laut ini.

Budaya LGBT ini sebenarnya telah cetuskan dan disokong oleh industri hiburan dan fesyen yang ditaja oleh Kapitalis Yahudi yang menguasai dunia hiburan Hollywood dan Fesyen dunia melalui gaya hidup yang 'bertamadun' bagi menunjukkan bahawa inilah dunia yang patut dituruti dan dicontohi melalui cara hidup artis Hollywood dan pereka-pereka fesyen terkenal seperti Donna Karan , YSL Laurent, Goerge Michael, Elton John, dan ramai lagi.

Begitu juga cara hidup bebas tanpa ikatan perkahwinan sehingga mempunyai anak sebagaimana artis Angelina Jolie dan Brad Pitt, malah ramai sekali artis Hollywood yang hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan.

Ini bukan ukiran, ia adalah kisah benar

Pelbagai tingkah laku manusia supaya manusia mengenal batas


Jangan tunggu bala sebegini untuk bertaubat

Budaya-budaya sebegini ditonjolkan dengan nilai-nilai kekeluargaan yang baik bagi mengelirukan orang ramai bahawa hidup sebegini adalah sah di sisi masyarakat. Begitu juga dengan budaya Lesbian yang begitu hebat dan merebak sehingga ke negara kita Malaysia.

Kecenderungan sebegini menyamai dengan apa yang berlaku di Pompei dan di Laut Mati. Islam dengan tegas melarangnya, apatah lagi mendekati muqadimah zina. Ia akan menyebabkan masyarakat rosak, nilai instityusi keluarga akan runtuh, anak-anak akan menjadi mangsa ketakutan jika ancaman seksual datang daripada bapa sendiri umpamanya, yang sepatutnya menjadi pelindung keluarga. Ia akan membawa kepada masyarakat sumbang mahram yang akhirnya akan merosakkan zuriat keturunan serta kerosakan genetik.


Inilah yang sebenarnya dimahukan oleh AL Masih Dajjal melalui agen-agennya seperti Rothschild, Rockefeller dan ramai lagi yang kini menguasai dunia bank, media, hiburan, serta berpengaruh di negara besar dunia seperti Israel, Amerika Syarikat, Britain, Peranchis serta Jerman.

Friday, May 9, 2014

HALANGAN SEBENAR PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN



Pelaksanaan undang-undang Islam termasuk yang berkaitan dengan jenayah telah menjadi hasrat dan cita-cita pejuang Islam di Malaysia sejak sekian lama. Apabila PAS mula memerintah Kelantan pada tahun 1990, satu pasukan khas telah diwujudkan untuk merealisasi hasrat tersebut. Pasukan ini menggabungkan pelbagai kepakaran dari kalangan pemimpin politik, ahli akademik dan mengamalkan undang-undang. Hasilnya pada tahun 1993, satu Rang Undang-undang Jenayah Syariah II telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kelulusan undang-undang ini merupakan satu kejayaan besar kepada perjuangan Islam di dalam negara.

Walau bagaimana pun, hasrat ini mendapat tentangan keras dari pemimpin negara pada waktu itu. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah menulis satu surat bertarikh 15 Julai 1994 yang menyatakan secara jelas larangan pelaksanaannya serta memberikan amaran bahawa tindakan akan diambil jika ia diteruskan. Dengan mengambil kira amaran itu dan pengalaman kerajaan Kelantan di bawah PAS pernah berdepan dengan pengisytiharan darurat dan dirampas kuasa melalui tindakan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) pada tahun 1977, maka hasrat murni itu terpaksa ditangguhkan.

Usaha yang serupa dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu di bawah pemerintahan PAS (1999-2004) apabila Enakmen Jenayah Syariah 2002 telah diluluskan. Undang-undang ini telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Terengganu pada 2 September 2002, disiarkan dalam warta pada 23 September 2002 dan diisytiharkan berkuat kuasa pada 27 Oktober 2003. Namun, ia tidak dapat dikuatkuasakan kerana tiada kerjasama dari kerajaan Persekutuan Malaysia.

Walau pun undang-undang jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu belum dapat dilaksanakan, ia merupakan satu kejayaan dalam dakwah kepada rakyat Malaysia dan juga masyarakat dunia. Pertamanya, ia membuktikan bahawa undang-undang jenayah Islam boleh dikanunkan dengan sempurna dan baik melalui mekanisme perundangan moden. Kedua, ia meneroka medan ijtihad yang berani khususnya berkaitan dengan perlaksanaannya dalam sebuah negara berbilang kaum. Ketiga, ia menunjukkan perlaksanaan hukum Allah adalah satu kewajipan sebenar, bukan sekadar menjadikannya sebagai retorik atau propaganda politik. Keempat, ia menjinakkan hati masyarakat agar semakin dekat dengan syariat Islam dan yakin dengan kemampuan Islam menyelesaikan kemelut jenayah yang membarah.

Hasilnya, selepas hampir 20 tahun, semakin ramai pihak yang mempunyai sikap terbuka untuk menerima hudud. Demikian juga dengan lonjakan ketara sokongan bukan Islam terhadap undang-undang jenayah Islam.   Persoalan yang timbul kini ialah dari sudut pelaksanaannya. Apakah sebenarnya penyelesaian kepada penguatkuasaan yang tertangguh ini. Di manakah ia sepatutnya bermula.

Apa halangan sebenar?

Pada dasarnya terdapat dua bentuk halangan perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 Terengganu. Halangan pertama ialah halangan politik iaitu sikap kerajaan Persekutuan yang tidak menyokong, tidak memberikan kerjasama serta melarang pelaksanaannya. Halangan kedua ialah halangan perundangan. Berikut dijelaskan terlebih dahulu halangan perundangan.

Halangan Perundangan

Halangan perundangan yang jelas ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 mengehadkan skop kuasa Mahkamah Syariah. Seksyen 2 Akta itu memperuntukkan bahawa:

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Akta ini menetapkan had dari sudut jenis atau skop kesalahan iaitu ‘kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut’. Buat masa ini skop kesalahan ini ditafsirkan secara luas sesuai dengan keluasan Syariah Islam itu sendiri. Dalam enakmen-enakmen jenayah syariah yang sedia ada sudah mengandungi kesalahan-kesalahan seperti berjudi, muncikari, zina, sumbang mahram, persetubuhan luar tabii dan seumpamanya. Bahkan bentuk kesalahan yang ada dalam jenis hukum hudud seperti zina dan qazaf pun sudah ada dalam undang-undang hari ini. Lihat contohnya seksyen 22 hingga 38 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Sesetengah kesalahan yang disebut dalam enakmen ini sebenarnya juga diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan. Contohnya seseorang yang didakwa melakukan kesalahan liwat, dia tertakluk kepada dua undang-undang iaitu enakmen jenayah syariah dan juga Kanun Keseksaan. Berdasarkan hakikat ini dapat disimpulkan bahawa kewujudan kesalahan-kesalahan seperti mencuri, bunuh dan lain-lain seperti yang disebutkan dalam Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan adalah tidak bercanggah dengan Akta. Jika hukuman bagi kesalahan itu ada disebut dalam ajaran Islam, maka ia juga sepatutnya dianggap sebagai sebahagian dari jenayah Syariah.

Namun demikian, seksyen 2 mengehadkan bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah dari sudut hukuman. Mahkamah Syariah tertakluk kepada had hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau enam sebatan atau gabungan mana-mana hukuman terbabit. Had inilah merupakan halangan sebenar kepada enakmen jenayah syariah Kelantan dan Terengganu.

Memandangkan enakmen jenayah Syariah menetapkan hukuman yang lebih tinggi seperti iaitu seratus rotan dan penjara yang lebih lama, maka ia dikira pertentangan dengan Akta. Demikian juga hukuman yang tidak disebut oleh akta itu seperti rejam dan potong tangan tidak boleh berkuat kuasa kerana bertentangan dengan Akta. Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan akan dikira tidak sah dan batal.

Bagi mengatasi halangan ini Parlimen perlu membuat pindaan ke atas Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 iaitu dengan menaikkan had yang disebut itu sesuai dengan kadar yang ditetapkan oleh enakmen-enakmen terbabit.

Bercanggah Perlembagaan?

Isu kedua adalah berkaitan dengan percanggahan antara enakmen jenayah syariah Kelantan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 4 secara jelas menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengannya adalah terbatal. Mana-mana akta atau Enakmen, termasuk enakmen jenayah syariah tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan.

Aspek yang disebut bercanggah ialah Perkara 74 memperuntukkan agihan kuasa antara negeri dan Persekutuan berdasarkan Jadual Kesembilan. Kerajaan persekutuan dan negeri hanya boleh membuat undang-undang dan mentadbir dalam ruang bidang kuasa masing-masing. Jika mana-mana kerajaan membuat undang-undang di luar bidang kuasanya, undang-undang itu adalah pertentangan dengan Perlembagaan.

Oleh itu enakmen ini dianggap bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia mengadakan kesalahan-kesalahan seperti mencuri, membunuh, merompak yang sebahagian besarnya bertindan dengan kesalahan-kesalahan yang termasuk di dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan dan kesalahan-kesalahan ini terdapat dalam undang-undang Persekutuan iaitu Kanun Keseksaan. Ini juga bercanggah dengan butiran 1, Senarai Negeri yang mengehadkan kuasa membuat undang-undang jenayah Islam setakat mana ia tidak ‘berkaitan dengan perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan’.

Namun begitu dakwaan bahawa ia bercanggah dengan perlembagaan masih boleh dipertikaikan. Ini kerana, jika ia dianggap bercanggah maka undang-undang ke atas kesalahan berjudi, muncikari, zina, sumbang mahram, persetubuhan luar tabii, zina dan qazaf yang sedia ada kini dalam enakmen-enakmen jenayah syariah negeri juga dianggap bercanggah. Namun setakat ini tiada orang yang mencabarnya, dan ia diterima umum sebagai undang-undang yang sah.

Pertembungan kuasa

Contoh terbaik untuk menggambarkan pendekatan mahkamah dalam kes ini ialah kes Mamat bin Daud lwn. Kerajaan Malaysia (1988) 1 MLJ 119. Dalam kes ini plaintif-plaintif telah dituduh di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang baru dipinda bagi menambah satu kesalahan baru iaitu melakukan tindakan di atas asas agama, yang boleh menjejaskan perpecahan atau menyebabkan atau menjejaskan keharmonian di antara rakyat yang menganut agama yang sama atau berbeza. Mereka dituduh melakukan tindakan yang menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat Islam iaitu apabila bertindak sebagai bilal, khatib dan imam yang tidak bertauliah. Mereka menuntut pengisytiharan bahawa s. 298A adalah ultra vires dengan Perkara 74 kerana ia secara ‘inti pati dan isi’ (pith and substance) berkaitan dengan agama Islam yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri, dan Parlimen tidak ada kuasa untuk membuat undang-undang tersebut.

Setelah meneliti secara terperinci, Mahkamah Agung telah memutuskan dengan majoriti tiga daripada lima orang hakim, bahawa tindakan yang dilarang oleh akta tersebut tiada kaitan langsung dengan ‘keselamatan awam’ yang tertakluk kepada bidang kuasa Persekutuan, sebaliknya ia menyentuh secara langsung dengan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa negeri. Menurut Salleh Abas KHN :

Dengan melihat dari sudut pandangan yang sepatutnya, setakat untuk perlaksanaan ke atas orang-orang Islam, seksyen yang dipertikaikan ini adalah satu undang-undang yang bertujuan untuk memastikan agama Islam diamalkan di negara ini menepati panduan, aturan dan amalan yang dibenarkan oleh negeri-negeri…. Dalam meluluskan seksyen yang dipertikaikan ini, saya tidak fikir bahawa Parlimen boleh bergantung kepada kuasa perundangan berasaskan ketenteraman awam kerana penggunaan kuasa tersebut akan menyebabkan pertembungan secara langsung dengan kuasa kerajaan negeri untuk membuat undang-undang dan mengawal urusan amalan agama Islam.
Seah dan Mohamad Azmi HHMA yang turut bersetuju dengan keputusan pengisytiharan pembatalan seksyen berkenaan menjelaskan;

…apa yang perlu diambil kira adalah isi atau inti pati kepada sesuatu statut bukannya bentuk atau sifat luarannya… sebanyak mana pun ‘kosmetik’ digunakan untuk membuat ‘hiasan perundangan’ tidak dapat menutup penyamaran dalam perundangan. Matlamat, tujuan dan bentuk seksyen yang berkenaan mesti diterokai untuk mengenal pasti rupa sebenar dan inti pati sesuatu undang-undang dan untuk mengenal pasti kategori undang-undang tersebut…

Hujah majoriti berkisar di sekitar tujuan dan matlamat sebenar yang membawa kepada kewujudan seksyen 298A Kanun Keseksaan itu. Walaupun diakui bahawa ia mempunyai kaitan dengan ketenteraman awam, tetapi hubungannya dengan pengamalan agama Islam adalah lebih dekat dan hampir dengan tujuan undang-undang itu diperkenalkan.

Keputusan ini memberikan ‘perlindungan’ kepada kuasa perundangan terpenting kerajaan negeri iaitu hal ehwal agama Islam. Contohnya dalam kes terdahulu iaitu Tengku Nik Maimunah lwn Majlis Ugama dan Adat Melayu Negeri Terengganu [1979] 1 MLJ 157, mahkamah telah memutuskan bahawa persoalan wakaf adalah di bawah bidang kuasa negeri berdasarkan Perkara 74 dan Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, maka undang-undang negeri yang berkaitan iaitu Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Terengganu 1955 adalah berkuat kuasa. Selagi negeri-negeri tidak menyerahkan kuasa membuat undang-undang kepada kerajaan Persekutuan melalui beberapa mekanisme seperti Perkara 76 yang membenarkan kerajaan Persekutuan membuat undang-undang di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri dengan sebab-sebab tertentu, selagi itulah Negeri mempunyai kuasa perundangan mutlak ke atas urusan agama Islam. Jika di lihat kepada pendekatan yang telah digunakan dalam kes-kes ini, kita dapat andaikan bahawa enakmen jenayah syariah yang melibatkan hudud dan qisas di Kelantan dan Terengganu adalah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


Langkah penyelesaian

Walau bagaimana pun, halangan utama ialah halangan politik. Jika ada kemahuan politik kekangan yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana akta boleh dirungkaikan dengan mudah. Jika kekangan politik ini dapat diatasi tindakan yang wajar dilakukan untuk menjamin kelancaran pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa) 1965 bagi membolehkan Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah berkaitan dan menjatuhkan hukuman-hukuman seperti potong tangan, sebat dan mati. Peluasan kuasa ini bukan hanya dapat dinikmati oleh Kelantan dan Terengganu, bahkan juga untuk negeri-negeri lain.

Selain itu, bagi memberikan laluan yang lebih selesa, agar tidak dianggap wujud percanggahan antara enakmen jenayah syariah dan undang-undang Persekutuan, maka perkataan ‘kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan’ perlu digugurkan dari Butiran 1 Senarai Negeri. Bagi memberikan ruang yang lebih selesa perkataan jenayah syariah dan skopnya perlu dimasukkan dalam Senarai Negeri.

Pilihan yang lain ialah dengan memberikan kuasa khusus kepada Kelantan dan Terengganu untuk meluluskan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan jenayah. Pada dasarnya bidang kuasa jenayah adalah di bawah bidang kuasa Pusat melalui Jadual Kesembilan Perlembagaan, namun Parlimen boleh meluaskan kuasa kerajaan negeri melalui Perkara 76A. Oleh itu enakmen jenayah syariah boleh berkuat kuasa jika ia diberikan laluan melalui kaedah ini.

Hak bukan Islam

Pemimpin dan rakyat bukan Islam tidak seharusnya gusar dengan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan. Undang-undang yang diluluskan itu hanya meliputi orang-orang Islam sahaja. Oleh itu penganut agama lain tidak tertakluk kepada undang-undang hudud.

Selain itu, persoalan hak asasi sewajarnya menjadi pertimbangan pemimpin dan rakyat bukan Islam. Ini kerana hasrat untuk diadili melalui undang-undang Islam adalah sebahagian dari hak asasi rakyat Kelantan untuk beramal dengan agama sebagai mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Jika mereka dihalang untuk mendapat keadilan melalui sistem perundangan Islam, mereka sebenarnya dinafikan hak asasi untuk mengamalkan agama mereka sendiri.

Selain itu, hak untuk diadili dengan undang-undang jenayah syariah juga merupakan hak demokratik rakyat Kelantan. PAS secara terbuka dan jelas menyatakan hasratnya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam. Undi majoriti yang diberikan kepada PAS di Kelantan pada pilihan raya umum 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 membuktikan kewujudan hasrat rakyat Kelantan untuk mengamalkan undang-undang jenayah Islam. Menghalang pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah bermakna menafikan hak demokratik rakyat Kelantan.

Selain itu perlu diingat juga bahawa undang-undang berkenaan hanya mahu dilaksanakan di Kelantan. Kedudukan Kelantan sebagai sebuah negeri yang mempunyai ciri-ciri khusus perlu dihormati. Penghayatan kepada semangat federalime meliputi pengiktirafan perbezaan yang wujud antara satu negeri dengan negeri lain. Fakta bahawa undang-undang tersebut mendapat sokongan kerajaan dan juga pembangkang di Kelantan juga satu yang unik. Seruan dan titah Baginda Sultan Kelantan agar undang-undang itu dikuatkuasakan mengukuhkan pandangan bahawa Kelantan perlu dibenarkan menjalankan undang-undang hudud.

Tegasnya, kini terpulang kepada pihak berkuasa khususnya kerajaan Persekutuan untuk menggerakkan langkah bagi memberikan laluan perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan. Sebenarnya kebenaran perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan boleh dilakukan oleh kerajaan Persekutuan tanpa perlu menunggu usul Rang Undang-undang Persendirian dari wakil Kelantan. Jalan yang paling mudah ialah dengan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965. Pindaan ini boleh diusulkan oleh Menteriu kerajaan Persekutuan menggunakan kaedah biasa. Ia boleh diluluskan dengan sokongan majoriti mudah, tanpa perlu persetujuan dua per tiga ahli Parlimen.
Dr Muhammad Fathi Yusof Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
@http://fathiyusof.wordpress.com/
admin: perkongsian daripada senior sekolah admin SMAASZA Batu Buruk

Tuesday, May 6, 2014

Pelaksanaan Hudud Di Brunei di Cabar




Dalam akhbar Berita Harian hari ini 6 Mei 2014, jelas menyebut bahawa Celebriti antarabangsa iaitu pengasas Virgin Group,Richard Branson telah melafazkan ikrar untuk memulau hotel kepunyaan Sultan Brunei iaitu Dorchester Group. Kononnya ia melanggar hukum kemanusiaan. Pelikkan manusia. Apapun biarlah kerana ianya memang tak faham pun tentang hukum jenayah syar'iah kerana mereka bukan Islam. Dan lebih pelik lagi mencampuri urusan dan hal ehwal sesebuah negara dan agama yang bukan menjadi pegangan.

Apapun kenyataan Sultan Brunei juga hebat di mana , "Kami tidak pernah bergantung kepada mereka untuk bersetuju dengannya, tetapi sudah cukup jika mereka menghormati kami seperti kami menghormati mereka". Ya amat benar dan tegas sekali kenyataan ini.

Rezeki dari Allah swt cukup besar dan luas, kalau setakat boikot begitu tidak akan terjejas Sultan Brunei, dan sebenarnya jika Sultan Brunei menarik pelaburannya yang berbilion dolar di luar negara itu yang lebih menakutkan kerana ia boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara dan pasaran. Itu yang mereka lupa.

Lagipun urusan mentadbir sesebuah negara perlu kita hormati apatah lagi mendaulatkan undang-undang Allah swt di muka bumi. Sesuatu yang berlawanan dengan peraturan Iblis dan Dajjal dalam menguasai dunia. Jika dunia beralih menghormati Islam kerana keadilan undang-undang Islam itu yang lebih menakutkan mereka, apatah lagi ia datang dari negara kecil jauh di timur.

Dalam keadaan begini sepatutnya tahniah dan penghargaan yang perlu ditampilkan oleh sesebuah negara Islam terhadap Kerajaan Brunei, akan tetapi kebanyakan tahniah adalah daripada pihak pembangkang di kebanyakan negara Islam, semuanya bagaikan takut untuk menzahirkan sokongan terhadap perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di Brunei.

Kita sebagai umat Islam patut melahirkan rasa syukur kerana ada negara Islam yang berjiran dengan kita yang sanggup meredah onak untuk melaksanakan undang-undang dimomokkan sebagai ngeri dan menakutkan bagi bukan Islam, sedangkan di pihak umat Islam ia adalah dinantikan dan Allah swt sendiri yang menjamin keadilan yang telah termaktub sejak 1400 tahun yang lalu.

Insyalah dengan perlaksanaan undang-undang ini, ia akan menurunkan kadar jenayah dengan tinggi dan juga masalah sosial dan maksiat. Apakah melanggar fitrah manusia jika melihat negara menjadi aman dan damai tanpa jenayah dan maksiat yang melampau?.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...